bicara yang sering diluahkan dengan penuh keyakinan yang tinggi,
setiap langkah yang diatur,
seiring dengan motivasi diri dan keazaman yang jitu.
dia hanya seorang wanita biasa,
yang mempunyai kepetahan berkata-kata di khalayak ramai,
berdepan dengan pelbagai ragam manusia,
membuat hatinya menjadi kental,
untuk berdepan dengan pelbagai cabaran,
memikul tugasan yang diberikan.
namun di sebalik keras hati yang terlihat pada pandangan umum,
di sebaliknya tersembunyi kelembutan seorang wanita,
kerana hakikat sebenarnya,
dia masih seorang perempuan.
yang hatinya juga punyai rasa untuk menyanyangi,
yang hatinya tersentuh melihat keletah anak-anak kecil,
yang turut mengalirkan air mata tatkala terasa lemah,
yang hatinya mudah belas kepada yang meminta pertolongan,
yang tidak terlepas daripada dugaan cinta,
seorang manusia.
dalam rapuh dia melangkah,
meniti perjalanan mencari cinta itu,
bibir seakan beku untuk meluahkan,
lidah terasa kelu untuk membicarakan isi hatinya.
lalu,
dia hanya memendam rasa itu,
menyimpan kemas rahsia yang bersarang jauh di lubuk hati,
kerna di sebalik keberanian yang tampak terzahir,
di sebaliknya tersembunyi ketakutan,
untuk dia membuka kunci pintu hatinya.
walau rahsia itu tak pernah diungkap kepada manusia,
dia tetap tenang menyimpannya,
kerana dia tahu,
rahsia hati itu,
hanya Tuhan yang mengetahuinya,
dan jiwanya menjadi tenang,
pabila dia bercerita akan kisah hatinya,
kepada Sang Pemilik dan Penguasa segala hati.
Comments
Post a Comment