bismillahirahmanirrahim~
dalam kita nak menjalinkan sesuatu hubungan, banyak benda yang perlu diambil-kira, banyak perkara yang perlu dititik-beratkan.
hubungan dengan manusia, bukan setakat kau nyatakan apa yang kau mahukan, tapi juga kau mampu untuk mendengar apa yang dia mahukan.
dan kau berusaha untuk memahami, dan melakukan apa yang dia mahukan.
bila suatu hubungan itu terjalin, segalanya tidak lagi bermula dengan tentang cuma aku, tetapi tentang kita. dan kau harus belajar untuk menerima setiap sisi diri dia.
baik dan juga buruk.
bila mana kau sudah memutuskan untuk menerima dia dalam hidup kau, saat itulah segala yang manis akan terasa semakin hilang. kerana kau akan melihat segala kelemahan dan kekurangan yang dia miliki.
kau akan melihat sisi gelap dia yang mungkin selama ini tersembunyi.
dan saat itu, kau harus sedar dan tanamkan dalam diri bahawa, tiada manusia di atas muka bumi ini yang sempurna,
kau mungkin mengatakan bahawa kau mahu dia berkelakuan begini, bersikap begitu, menjaga hati kau, sentiasa ada di saat kau memerlukan, sentiasa mendengar keluhan engkau.
tapi, pernah ataupun tidak kau menghulurkan tangan kepada dia saat dia jatuh, kau memberi pinjam bahu saat dia perlukan tempat untuk bersandar, kau menadah telinga saat dia ingin bercerita walau mungkin sekecil-kecil perkara,
bila mana engkau sentiasa menerima, kau akan lupa betapa nikmatnya memberi itu.
kau akan terlupa bahawa kau bukan hidup di dunia ini hanya untuk diri engkau.
kau akan terlupa bahawa bukan hati kau sahaja yang perlu dijaga.
kau akan terlupa bahawa setiap manusia itu ada kelemahan.
dan bila mana kau tidak sanggup untuk menerima kekurangan dia, mengapa perlunya harapan itu diberi pada awal perkenalan? mengapa saat kekurangannya tersingkap, kau langsung berpaling dari dia? kau langsung tidak mahu memberi dia peluang kedua? kau langsung tidak mahu menunggu dia kembali bertatih, sebaliknya kau ingin terus berlali mengejar impian kau, lantas kau tinggalkan dia terduduk di belakang?
untuk mencari seorang yang sempurna itu adalah suatu yang mustahil. kerana tiada manusia yang sempurna. belajar untuk menerima dan menghargai apa yang kau miliki, barulah kebahagiaan itu akan muncul mengiringi.

Comments
Post a Comment