erti sebuah kemaafan

dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang..

selalunya...sebelum exam, perkara wajib yang akan berlaku di sekolah aku adalah

SESI BERMAAF-MAAFAN

kalau dengan guru-guru..kami akan sebut sebagai

RESTU ILMU

kalau dengan pelajar pula...SALAM JAMAI ( secara beramai-ramai )

sebenarnya....bagus je buat program macam ni,

masa nilah semua orang akan jumpa sesiapa yang dia ada buat salah,
senaraikan berkajang-kajang kesalahan yang pernah dibuat kat orang tu
minta halalkan kalau ada terambil apa-apa barang,
atau terhutang apa-apa duit yang tak dibayar lagi
minta doakan kejayaan bersama
waktu jawab periksa dalam dewan nanti tak ada hijab
minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,
KALAU ada mengumpat, tersalah bicara, terguris hati, termarah ke, terjeling ke...

heh..dah jadi macam hari raya lah pula kan..

tapi, ada erti ke permohonan MAAF tu?
sebab bila habis je sesi tu,
mula balik mengumpat orang tak ingat dunia,
bercakap tu, kalau boleh nak bagi semua orang kecil hati,
menghina orang depan-depan..

jadi...apa ertinya kita memohon maaf tu?
sedangkan apabila seseorang itu hendak bertaubat dan berhenti dari perbuatan maksiatnya,
dia mestilah bersungguh-sungguh tidak akan ulang lagi kesalahannya itu dan
meminta maaf sekiranya ada berkait dengan manusia..

memang tak nafikan..NOBODY'S PERFECT..
yet along the way ti the perfection..we'll learn to be better,
lagipun kita boleh nampak kesungguhan seseorang tu
bila dia memang betul2 nak berhenti drpd dosa@maksiat yg dia lakukan
berbanding..orang yang cuma pandai menanm tebu di tepi bibir..
sedangkan hakikatnya,dia tak berusaha langsung..

meminta maaf tu memang bagus..sebab itu menunjukkan kerendahan hati kita
sebagai seorang manusia yang punya terlalu banyak kekhilafan
tetapi biarlah kemaafan itu hadir bersama sekeping hati yang tulus
dan ikhlas utk betul2 berubah..
sebab setiap manusia yg berusaha, Allah pasti akan tunjukkan hasil usahanya itu kepadanya kelak
sama ada di dunia..atau di akhirat nanti.

~changing for good ain't a crime~

catatan hati seorang hamba.

Comments