kasih seorang ibu

-dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang-


kisah ni kisah benar. sebab berlaku kat sekolah aku sendiri
biasalah, budak perempuan ni kan banyak mulut
so, cepat je cerita2 panas macam ni tersebar ke seluruh warga aspuri.

alkisahnya..waktu ni minggu balik.
parents semua dah mula datang start pukul 1
ada juga yang datang nak ambil anak lepas solat Jumaat
ikut kelapangan masing2 lah
adalah seorang student perempuan ni..namanya M.

waktu mak dia nak datang ambil, kebetulan dah masuk waktu asar
dengarlah azan untuk solat asar,
lepas tu, mak si M ni pun ambilkan telekung anak dia
dari dalam beg. kiranya mak M ni nak suruh dia solat Asar dululah,
baru balik rumah. waktu ni, mak dia je yang datang ambil, ayahnya tak ada.

mak dia ni memang baik, muka tenang je, pakai tudung labuh pula tu.
yang buat hati aku sangat tersentap adalah perkara yang dilakukan oleh M.
dia ambil telekung dari tangan mak dia tu secara kasar
dan dia campakkan balik dalam beg tu
katanya dia nak balik terus, taknak solat dulu.
dan, mak dia ni cuma ikutkan je cakap anaknya tu
dan mereka pun bergerak balik tak lama kemudian.


seorang ibu memang tak akan menunjukkan kesedihannya dihadapan anaknya
dia akan cuba memendamnya selagi yang termampu


kerana apa?
kerana kasihnya yg terlalu mendalam buat seorang anak
walaupun berkali-kali si anak itu mengguris hatinya
melukakan perasaannya itu, dia tetap mampu tersenyum.


sebab apa?
sebab dia terlalu menyayangi anaknya itu.
walaupun sering anaknya meninggikan suara
tak pernah sesaat pun dia terlupa untuk mendoakan kesejahteraan anaknya
sedangkan seorang anak?
utk mengingati ibu mereka pun sukar, apa lagi utk mendoakannya.


antara petanda kiamat adalah apabila ibu melahirkan tuannya
atau dalam erti kata lain
anak yg derhaka kepada ibu bapanya.
kiamat itu semakin hampir dengan kita
malangnya, masih ramai yg terleka dengan dunia.


 seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi
sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu.

Comments