mencari hikmah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang


28 Disember 2012
tak lama lagi, tahun 2013 bakal menjelma..
dah cukup bersediakah untuk hadapinya?


angkat bahu. geleng kepala.
sungguh, saya tak tahu. sebab terkadang tu, bila sendiri, kita jadi mudah rapuh, dan tewas dengan keadaan sekeliling yg sering memaksa kita buat perkara yg tak betul sangat.



1.

oh ya, 4 januari ni..daftar untuk pergi plkn.
masih mencari hikmah disebalik semua ni sebenarnya.seperti mencari pelangi indah yg muncul selepas gerimis yg bertandang.




tapi,saya cuba tanamkan dalam hati, yang Allah tu pencipta kita
and He knows the best for us
lagipun, sehebat manapun perancangan manusia, sebenarnya hebat lagi perancangan Allah.



2.

sejak adik saya masuk sek sains waktu form 2,umi selalu mengadu
dalam hati, ada rasa menyesal sebenarnya sebab pindahkan dia dari smka kepada sek sains tu
setiap kali datang jenguk saya kat sekolah, ayat yg sama diulang sampaikan saya dah lali..

"patutnya umi buat surat rayuan dulu..hantar kat jabatan, sekurang-kurangnya dapatlah adik tu masuk sekolah ni, sama dengan along." tutur umi.

dan balasan saya adalah :

"nak buat macam mana umi, benda pun dah lepas. lagipun, belum tentu kalau dia masuk sekolah ni, dia boleh sesuaikan diri. kalau dia bergaul dengan kawan2 yg okey, tak apalah. dibuatnya kalau dia tersalah pilih kawan, takut dia jadi lagi teruk pula nanti."


dan setiap kali persoalan itu diutarakan oleh umi, setiap kali itulah saya akan kembali terfikir, apa hikmah agaknya yang masih tersembunyi di sebalik semua ni?
yang masih tak dapat saya temui.



saya selalu berharap, walau apa pun yang akan saya hadapi kelak
saya masih dapat hadapinya dengan tenang, tanpa keluh kesah ataupun tanpa rasa
hendak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku



dan juga selalu berharap sebenarnya agar diberikan kelapangan hati
untuk sentiasa memaafkan orang lain
sebab, dendam cuma akan membuat

-hati makin sakit
-jiwa makin kosong
-hidup makin tak tenteram
-dan diri makin jauh dari rahmat Allah










~ promises are like snowballs, easy to make but it's hard to keep ~

Comments