a lesson for today





-dengan nama Allah Yang MAha Pemurah lagi Maha Penyayang-


2-4 April yang lepas,
saya menjejakkan kaki ke SK (P) Methodist Klang
sebab umi merupakan pengurus team netball bawah 12 tahun
bersama-sama dengan Ustazah Mahanum dan Cikgu Azizah
kami semua mewakili SK Sungai Binjai.


Ternyata,kehadiran saya di situ membawa seribu satu hikmah 
seribu satu pengajaran yg tak dapat saya gambarkan
banyak benda baru yang saya pelajari.



1.
Walau mungkin saya tak banyak memberi sumbangan kepada kejayaan mereka mendapat naib johan daerah,
masih ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan mereka.
setiap kali sebelum masuk bermain di padang,
saya sentuh bahu mereka semua 
dan saya bisikkan kepada mereka
percaya diri sendiri
dan yang paling penting adalah
mereka harus percayakan rakan mereka sebagai satu kumpulan.



hasilnya....
saya mampu tersenyum lebar 
kerana sebaik sahaja selesai setiap perlawanan
mereka bercakap sesama sendiri
bahawa mereka percayakan rakan mereka
dan sebab itu mereka tidak ragu-ragu langsung
untuk membuat hantaran bola kepada rakan mereka. kerana mereka ada rasa itu.
PERCAYA.




2.
Pagi hari kedua perlawanan.
Saya memberitahu sesuatu kepada mereka.
sebelum bermain,berdoalah kepada Allah
mohon lah agar setiap urusan kita dipermudahkan
kerana sesungguhnya kita dah berusaha sedaya upaya yg termampu
dan sekarang..tinggal kita bertawakkal
dan serahkan segala-galanya kepada Allah.



dan hasilnya...selepas itu, setiap kali sebelum masuk padang..
mereka akan berkumpul bersama2 guru2 pengiring
dan doa dilafazkan bersama,mohon agar terus diberi kekuatan utk berjuang.
saya hanya memerhati dari tepi.tanpa sedar,hujung bibir ditarik,mengukir sebuah senyuman.




3.
Sebelum pulang ke sekolah pada hari kedua perlawanan
cikgu2 sempat berpesan...
"malam ni jangan lupa,masing2 buat solat Hajat,baca Yassin..minta jalan kita dipermudahkan untuk masuk ke     Final esok."
sebab..dah lebih 3 tahun,SKSB tak dapat pergi jauh even masuk ke Final.
jadi,tahun ni cikgu memang sangat berharap untuk dapat ke final.kalah atau menang,belakang kira.
sebab cikgu tahu,memang ada sekolah yg sangat hebat dan sukar utk dikalahkan.
sebab tu,target cikgu cuma hingga ke final.



dan pada hari ketiga perlawanan...Allah makbulkan doa mereka.
SKSB akhirnya melangkah ke final 
dan bertemu dengan lawan yg sangat digeruni..SK Bukit Kemuning 2.
namun mereka tidak terlalu mengharapkan utk jadi Johan
sebab player dari pihak lawan mmg dah dilatih sejak bertahun lagi
sedangkan mereka,hanya berlatih selama 3 bulan utk menghadapi perlawanan peringkat daerah ini.

bersama pk koko sksb..Cikgu Khalimi...

inilah hasil kerja keras selama hampir 3 bulan..naib johan daerah klang 2013..



bersama dengan johan daerah..SK Bukit Kemuning 2 dan guru2 pengiring..


johan.naib johan.tempat ketiga.



4.
the most important thing that i want to mention is..
trust yourself...trust your team members
and have faith in Him..cause He knows the best for you..
sebab...walau segigih mana pun kita berusaha..tapi still tak dapat apa yg kita nak
jangan pernah putus asa..pasti Allah ada perancangan yg lebih baik untuk kita pd masa akan datang.





-tinta seorang hamba-

Comments