dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang
cinta. kasih. sayang.
tiga perkataan yang berbeza tetapi membawa makna yang hampir sama bagi saya.
saya sering mendengar satu kata-kata yang cukup menyentuh hati.
'cinta itu fitrahnya suci.tetapi,manusia telah mengotorkannya dan sering meletakkan cinta di tempat yang tidak sepatutnya.'
benarkah begitu?
hakikatnya,Allah mengirimkan rasa cinta kepada setiap makhluknya.
sifat belas kasihan, merupakan satu nilai yang pasti wujud dalam setiap insan.
tinggal besar atau kecil nilai itu ada.
'kalau benar cinta,pastilah kita mahukan orang yang kita cinta masuk ke syurga'
saya merasakan ayat itu,seakan meresap ke dalam lubuk hati.
kerana..setiap kali orang yang saya sayang tidak menutup aurat dengan sempurna,
hati saya akan terasa pedihnya.
setiap kali orang yang saya sayang berlengah-lengah dalam menunaikan kewajipan solat,
hati saya terasa seakan dicucuk dengan duri,
tajam dan memberi luka.
setiap kali saya melihat orang yang saya sayang seperti melupakan Al-Quran,
dan menganggapnya sebagai cuma satu hiasan di almari
bukannya sebagai satu panduan yang harus kita pegang dengan sepenuh hati
hati saya turut merasa keperitan itu.
terkadang,seakan ingin berputus asa daripada mengingatkan..
hati seakan tidak lagi kuat untuk terus mengetuk pintu hatinya
lidah seakan tidak mampu untuk menuturkan walau sebutir nasihat..
tetapi...
ingatan tentang peritnya perjuangan Rasulullah ketika mula2 menyebarkan Islam dahulu
membuat saya kembali teguh
dugaan saya hanyalah sedikit jika nak dibandingkan dengan
cabaran yang para sahabat lalui dahulu.
semoga dengan sedikit usaha ini..akan mendapat redha dari Yang Maha Kuasa..
dan semoga Pemilik Segala Hati akan membuka
pintu hatinya agar terus disinari dengan cahaya hidayahNYA.

saya sayangkan anda..sebab itu saya hendak masuk ke syurga bersama-sama anda.

Comments
Post a Comment