bismillahirrahmanirrahim~
ini hanya sebuah cerita..sekadar sebuah rekaan mungkin..
kali ni terasa nak masuk mood jiwang sikit..^_^
intro :
cinta itu suatu fitrah dalam setiap diri manusia..tinggal terpulang kepada kita..
bagaimana untuk menggunakan fitrah itu dengan sebaik-baiknya..
dan kembali kepada Pencipta kita..
pemberi kepada rasa cinta itu..
Aqil
Hati terasa berdebar. Entah kenapa..tiba-tiba terasa satu perasaan aneh menyusup ke dalam hati bila memandang wajah gadis itu. Pandangan wajahnya penuh misteri, seakan ada rahsia yang cuba disembunyikan.
Dan yang membuatkan aku seakan tertarik..penampilannya yang terjaga. Cukup sederhana, dengan baju labuh melepasi punggung dan longgar, digandingkan bersama seluar slack hitam dan tudung yang menutupi dada. Berada di tempat yang asing ini, aku dapat memerhati pelbagai gelagat manusia, terutamanya kaum Hawa.
Dengan pelbagai gaya tudung yang singkat, baju yang menampakkan susuk tubuh mereka, saat itulah pandangan mataku teralih kepada dia. Dia punya aura tersendiri, yang menyebabkan aku begitu ingin mendekati. Tetapi seakan ada satu tembok kukuh yang menjadi penghalang. Dia bagiku..mawar yang cukup indah, terpagar dengan duri yang melindungi.
Dia..wanita yang istimewa.
Hurun Ain
Hatiku mengeluh sendiri. Walaupun dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia di sisiku, aku merasakan satu kesepian. Satu rasa yang terasing. Lantas, satu nombir didail. Aku benar-benar mengharapkan nasihatnya saat ini.
"Assalamualaikum, kak Sarah. Akak sibuk ke?"
"Waalaikumussalam dik.Taklah, tak sibuk pun. Adik okey?"
"Tak. Ain rasa nak balik sekarang. Ain taknak duduk sini,kak.."
Suaraku separuh merayu.Aku benar-benar memaksudkan kata-kataku itu.Aku tak mahu berada di sini. Tempat ini bukan untukku. Aku nak balik sekarang juga.
"Hurun Ain..bidadari bermata indah..dengar cakap akak. Setiap yang Allah aturkan untuk kita,pasti ada hikmah di sebalik tu yang kita tak tahu.Lama-lama nanti akak yakin Ain mesti jumpa hikmah tu.Sekarang ni,yang penting,Ain kena jaga diri Ain,jaga solat,jaga aurat. Kalau boleh.cari kawan2 yang boleh dekatkan Ain dengan Allah. Boleh sama-sama saling mengingati."
Aku terdiam mendengar kata-kata Kak Sarah.Air mata nak mengalir tapi cuba ditahan. Sebak. Sunyi .Kosong .Itu yang aku rasa sekarang.
"Okey,Ain cuba."
"Haa..macam tulah adik akak. Jaga diri elok2 ye. Kalau ada apa-apa, call je akak terus. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam, kak."
Telefon yang berada di tangan aku renung sekali lagi. Pandangan dihala ke siling. Aku mengeluh perlahan. Mampu ke aku..bertahan di sini?
Aqil
Melakukan aktiviti sepanjang hari memang meletihkan. Jadual mereka terlalu padat. Waktu berehat yang ada hanya diperuntukkan untuk makan dan bersolat sahaja. Pukul 11 malam barulah mereka dapat berehat di bilik masing-masing. Itupun ramai yang masih belum tidur sebab bergayut dengan kekasih masing-masing.
Fikiranku terbang mengingati peristiwa siang tadi. Hurun Ain. Tanpa suara, bibir menuturkan sebaris nama itu. Kalau tak silap, Hurun Ain bermaksud bidadari bermata indah. Memang sesuai dengan pemilik nama itu. Sepasang mata yang sangat misteri bagiku.
Aku teringin melihat dia tersenyum. Kerana sepanjang aku melihatnya, payah untukku melihat dia mengukir senyuman. Kalau nasib untung, aku dapat melihat senyumannya, itupun apabila dia berada bersama dengan rakan-rakannya.
Melihat perwatakannya yang dingin, aku menyangka dia seorang yang pendiam, tapi aku tidak menduga sama sekali lidahnya begitu petah berkata-kata. Apabila mendapat peluang berucap di khalayak ramai, dia seperti langsung tidak gentar. Sangat yakin dan berani melontarkan pandangannya. Malah melihat dari gaya percakapannya, aku merasakan ilmu pengetahuannya tidak boleh dipandang rendah.
Dalam tidak sedar, aku akhirnya melelapkan mata ketika masih berfikir tentangnya. Hurun Ain. Nama itu semakin melekat di dalam hati.
Hurun Ain
Ada sesuatu yang menggamit hati untuk mengetahui tentang dia. Wajahnya tak pernah sepi dari tersenyum. Aku dan dia bagai langit dan bumi. Sebulan lebih berada di tempat ini, barulah aku mengetahui dia antara imam yang ditugaskan setiap kali solat berjemaah.
"Ain, boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa?"
"Call kan nombor Aqil ni. Kredit aku dah habislah. Aku tau kredit kau banyak lagikan. Ada benda penting aku nak kena cakap kat dia ni. Esok kitorang punya group kena present. Aku takut nanti dia lupa bawa bahan penting."
Lambat-lambat aku keluarkan phone dari poket.
"Dia maxis ke celcom?"
"Maxis."
Jawapan tu buat aku lagi malas nak tekan keypad. Nombor aku Celcom. Dia punya Maxis. Kos agak tinggi sikit berbanding dengan Celcom. Tapi bila tengok muka penuh mengharap Laila, aku jadi tak sampai hati pula.
"Nah, ambillah. Tapi jangan lama-lama. Mahal tau nak call nombor Maxis ni."
"Hehe..terima kasih Ain..sayang kau."
"Time nilah baru nak sayang aku kan? Sebelum ni, tak pernah pula cakap macam tu. Dahlah, cepat pergi call sana."
Beberapa minit kemudian, Laila menghulurkan kembali telefon aku. Dia tersengih lebar. Melihat sengihan Laila yang lain macam tu, aku macam dapat merasakan ada sesuatu perkara yang tak kena.
"Yang kau ni tiba-tiba sengih tak tentu hala ni kenapa?"
"Aku dah save no Aqil dalam tu."
"Save what? No Aqil? Kau bagitau ni no aku ke Laila?
Sambil tayang wajah tak bersalah, Laila mengangguk.
"Dah dia tanya aku ni no sape, aku jawab je lah no kau. Takkan aku nak tipu pula."
"Hm, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Benda dah jadi pun, dah tak boleh nak buat apa dah."
Dan itu adalah permulannya. Perkenalan antara aku dan dia.
bersambung~

Comments
Post a Comment