memori dalam kehidupan

bismillahirrahmanirrahim~

saya masih ingat..satu ketika dulu..selepas upsr..
saya membayangkan apakah perasaan nak menghadapi pmr..
berada di sekolah menengah..

tahun demi tahun berlalu..pmr..spm..
telah saya lalui..
dan kini sedang mengorak satu langkah ke depan
untuk bergelar seorang mahasiswi..

terasa kejap sungguh masa berlalu..
rasa macam baru semalam meninggalkan zaman sekolah rendah..

terasa bagai baru semalam mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu
dan kini..

saya sedang belajar untuk menjadi dewasa..


jujur dalam hati..saya tak mahu menjadi seorang dewasa..
lebih suka beratkan kepala dengan pelbagai kerja sekolah yang cikgu bagi..
berbanding memikirkan masalah kerja..

kereta..bil air..bil eletrik..duit rumah..perbelanjaan harian..barangan dapur..
semua itu lumrah bagi seorang yang dewasa bukan?

tapi saya tahu..masa takkan dapat diundur lagi..
ibarat sebuah hadiah yang perlu dihargai..
kerana sekali ia pergi..
tak mungkin dapat kembali lagi..






setiap apa yang saya lalui untuk sampai ke hari ini..
mustahil untuk dilalui lagi..
kerana masa tidak mampu diputar balik..


segalanya akan tinggal menjadi memori..
dan memori itulah yang akan saya kenang..
untuk menjadi pengubat kerinduan saya..
penghapus kepiluan saya..
penyembuh kepedihan hati saya..


~loosing never comes easy..first off..preserve the memories~



Comments