mungkinkah mimpi menjadi realiti?

bismillahirrahmanirrahim

mengembara di seluruh dunia.atau ada juga yang mengatakan sebagai...

musafir.

dulu-dulu..selalu berangan nak ke New Zealand..Switzerland..
kenapa?
sebab bagi saya negara tu punya keistimewaan tentang alam sekitar yang sangat indah..
kalau nak bagitau sejauh manakah indahnya,
saya sendiri pun tak dapat nak gambarkan.

i'm speechless.








dan sebenarnya banyak lagi tempat yang saya sangat teringin nak menjejakkan kaki ke sana.
menghirup udara selain daripada kawasan khatulistiwa di bumi Malaysia ni.

Australia,Kanada,Jordan,Ireland dan juga Tanah Haram..dan banyak lagi

merasai dengan hati sendiri besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh Siti Hajar untuk anaknya Nabi Ismail di Bukit Safa dan Marwah.

melihat dengan mata kepala sendiri Sungai Nil di Mesir yang mencatat seribu satu sejarah umat terdahulu..

memandang dengan hati keindahan di Niagara Falls..antara air terjun yang terkenal di dunia..

melihat piramid Mesir yang menyimpan seribu satu cerita dan rahsia di sebalik penciptaannya yang sangat hebat dan misteri itu..

sungguh..tak tipu..hati kecil saya sangat menginginkan semua itu..

bukannya sekadar keindahan itu yang mahu saya nikmati..tetapi di sebalik itu..
saya tahu betapa hebatnya kuasa Pencipta yang menciptakan semua itu..

tanpa ada sebarang cacat cela..Dia..sangat berkuasa..
membuatkan saya terasa sangat kerdil dan lemah
jika nak dibandingkan denganNYA..

haruslah begitu..bukankan kita cuma seorang hamba..
dan lumrah seorang hamba..tiada apa-apa upaya
jika hendak dibandingkan dengan tuannya..

maka..begitu juga kita..hanya seorang hamba..

semua orang mempunyai impian yg tersendiri..
cumanya terpulang kepada diri sendiri..
untuk menjadikannya realiti..
ataupun sekadar kekal mejadi mimpi..

tapi,bak kata pepatah :

hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri

nak mengembara sampai ke Kutub Utara sekalipun..dipersilakan..
tiada siapa yang nak melarang..asal mampu..

tapi..janganlah sampai lupa diri..lupa keluarga dan paling teruk..lupa agama sendiri..
pergi dengan rambut hitam berkilat..
pulang dengan rambut perang berkarat..

akhir kalam..
ambillah pengajaran atas setiap perkara yang terjadi ke atas kita..
sama ada kesenangan atau kesusahan
semua itu adalah tarbiyah untuk kita mendidik diri..

dalam perjalanan menjadi yang lebih baik
sepanjang kehidupan kita ini..


p/s : mimpi saya ini..mungkinkah menjadi realiti?hmm..tepuk dada..tanyalah hati..

Comments

Post a Comment