Hari ini, Syifa pergi bekerja dengan hati yang sedikit berat. Entah kenapa, dia masih teringat pertemuannya dengan Firas minggu lepas. Sebaik saja masuk ke bilik, dia melihat di atas mejanya ada surat. Hari Isnin. Hafizan masih tidak lupa nampaknya dengan rutin mingguannya itu. Walaupun agak aneh, tetapi lama-kelamaan kehadiran surat itu menjadi satu perkara yang ditunggu oleh Syifa setiap kali menjelangnya hari Isnin.
Ke Hadapan bidadari dunia, Mawaddatul Syifa..
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Not from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
And near his heart to be love by him..
When the way is cloudy and there's no one by your side, remember that Allah will always be your guidence..
S.H.
Lupakan Firas, Syifa. Mungkin dulu dia insan penting untuk kau, tapi sekarang, dia bukanlah sesiapa. Dia cuma kisah silam yang telah dikuburkan dalam hidup sejak empat tahun lalu. Lagipun, dulu dia yang tinggalkan kau. Bukannya kau yang tinggalkan dia. Desis hatinya sendiri.
**********
Hatinya terasa berdebar ketika memasuki ruangan kafe yang agak lengang itu. Setelah berfikir dua tiga kali, barulah Syifa akhirnya mengambil keputusan. Dia akan berjumpa dengan Firas dan menyelesaikan segalanya.
"Assalamualaikum.."sapa Syifa sebaik dia tiba di hadapan Firas yang sedang duduk.
"Waalaikumussalam, oh Syifa, jemputlah duduk."sahut Firas.
"Awak apa khabar? Sihat?"Firas memulakan perbualan mereka.
"Saya sihat. Alhamdulillah. So, Firas, saya taknak ambil masa yang lama. Straight to the point. Apa benda yang awak nak sangat bagitau saya tu?"
"Saya masih tak boleh lupakan awak, Syifa."ayat itu meresap masuk ke dalam hati Syifa. Firas kelihatan sangat ikhlas ketika menuturkannya.
"Empat tahun kita tak berjumpa. Dulu, saya sayangkan awak. Cuma awak seorang yang ada dalam hati saya. Tapi, awak selalu meragui saya. Awak tak pernah percayakan saya. Saya tak minta banyak Firas, saya cuma nak awak lebih berani, berjumpa dengan ibu bapa saya. Tapi, endingnya, awak minta saya lupakan awak."luah Syifa. Lama dia pendamkan sakit hati itu. Baru sekarang Syifa dapat meluahkannya.
"Tapi, awak tahu kan, waktu tu kita masih muda. Lagipun, awak kan nak fly. Saya pula kat Malaysia. Jarak antara kita berdua sangat jauh. Dan saya sendiri pun tak pasti dengan perasaan saya sama ada benar ataupun sementara. Ramai lagi orang yang lebih hebat dari saya yang layak untuk awak."kali ini, giliran Firas pula yang berbicara.
Syifa mengeluh perlahan. Kenapalah singkat benar pemikiran Firas ketika itu. Kalau lah dulu Firas lebih berani, mungkin mereka sudah bersama sekarang. Tetapi semuanya tinggal kalau.
"Apa yang dah lepas biarlah lepas. Tak payah lah kita ungkit balik. You have your own life and same goes with me. I wish for your happiness and I hope that you will pray for me too, Firas. Anggaplah apa yang berlaku dulu sebahagian daripada proses kita meraih pengalaman."
Syifa kelihatan sangat tenang. Dia sudah melepaskan Firas sepenuhnya daripada hatinya. Kalau dahulu mungkin dia berbelah-bahagi tetapi setelah beberapa kali istikharah yang dilakukan, hatinya sudah tetap, untuk memilih Shahrul Hafizan, bukannya Firas.
"Tapi, Syifa, saya nak tebus balik kesalahan saya. Saya nak tunaikan janji saya terhadap awak dulu. Kalau awak setuju, esok juga saya datang bawa rombongan meminang ke rumah awak."
"Jangan risau. Saya takkan tuntut balik janji tu. In fact, saya dah lupakan pun. Dan, sebelum awak kata nak tunaikan janji terhadap saya yang bukanlah sesiapa pun bagi awak ni, better awak tunaikan amanah yang dah Allah berikan terhadap awak."
Firas agak tersentak mendengar kenyataan Syifa.
"Apa maksud awak ni?"
"Awak ingat awak boleh sorok status awak sebagai suami orang? Saya tak sanggup nak jadi isteri kedua. Firas, Aliah tu dah cukup sempurna sebagai seorang isteri. Hargai apa yang ada depan mata, sebab bila perkara tu dah pergi, menyesal pun dah tak berguna. Isteri adalah amanah untuk awak, bukannya untuk dipersiakan, tapi untuk dijaga dan dilindungi sepenuh hati. Carilah kebaikan dari dirinya, saya yakin pasti awak akan jadi lelaki paling bahagia di dunia ni."
Seakan baru tersedar dari mimpi yang panjang, Firas meraup wajahnya. Dia mengejar kebahagiaan yang belum tentu mampu digapai, tetapi kebahagiaan yang berada di genggaman hampir saja dia lepaskan.
"Satu lagi, saya nak serahkan kad jemputan ke perkahwinan saya minggu depan. Jemputlah datang, bawa sekali Aliah. Teringin juga saya nak berkenalan dengan dia."Syifa mengukir sebuah senyuman,
Hatinya benar-benar terasa lega. Dia teringat kata-kata Hurun Ain, sahabat baiknya, kadang-kadang, Allah takdirkan kita jatuh cinta dengan orang yang salah sebelum kita bertemu dengan orang yang tepat untuk kita.
"Maafkan saya, Syifa, sebab dah ganggu awak. Dan terima kasih juga sebab masih sudi berjumpa dengan saya dan buat saya sedar dari terus tersilap."tutur Firas dengan rendah.
"Tak apa. Semua orang pernah buat salah. Selagi masih ada peluang, betulkanlah. Saya minta diri dulu, ada hal lagi lepas ni. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."jawab Firas.
Syifa melangkah keluar dari kafe itu dengan hati yang sangat lapang. Dia mendongak memandang langit, melihat cahaya matahari yang bersinar terang. Perjalanannya hampir menemui titik noktahnya, untuk menjejal mentari hidupnya, yang akan menyuluh jalannya di dunia, hingga ke syurga kelak.
***********
Syifa mengaminkan doa yang di baca. Hidupnya benar-benar terasa lengkap kini. Pertama kali berjemaah dengan insan bergelar suami meembawa satu rasa aneh ke dalam hati. Huluran tangan dari Hafizan disambut lalu dikucup tangan itu penuh hormat.
"Terima kasih, abang."ucap Syifa.
Sebuah senyuman merekah di bibir Hafizan. Dia menggeleng perlahan sebelum tangannya naik mengusap ubun-ubun Syifa.
"Abang yang patut ucap terima kasih, sebab Syifa sudi terima abang yang banyak kekurangan ni."
"Setiap orang ada kekurangan. Dan itulah tugas pasangannya untuk melengkapi apa yang terkurang tu. Bagi Syifa, abang seakan mentari yang membawa cahaya dalam hidup Syifa. Dulu mungkin Syifa pernah tersalah langkah, tapi abang buat Syifa tersedar sesuatu. Dengan mencintai Allah dan Rasulnya terlebih dahulu, Dia akan datangkan cinta insan yang turut mencintaiNYA."
"Abang ada sesuatu untuk Syifa."senyuman di bibir Hafizan terkoyak.
Dia bangun menuju ke meja solek dan mencapai sesuatu daripada laci. Kemudian, Hafizan menghulurkannya kepada Syifa. Sepucuk surat lagi.
"Abang ni memang suka menulis ye?Kenapa tak cakap terus je dengan Syifa?Kenapa mesti dengan surat juga?"
Hafizan sekadar tersenyum.
"Kalau sebelum ni abang menulis surat untuk Syifa sebagai seorang Shahrul Hafizan, tapi sekarang, abang menulis untuk Syifa sebagai seorang suami. Dan insyaAllah, imam Syifa dunia dan akhirat. Surat ni adalah isi hati seorang lelaki yang berasa bahagia kerana bertemu dengan pendamping hidupnya di dunia dan di syurga nanti."usai berkata-kata, Hafizan bangun, ingin keluar. Dia ingin memberi ruang kepada Syifa untuk bersendirian sambil membaca surat itu.
Baginya, walau betapa canggih pun teknologi yang ada sekarang, surat mampu membawa satu nilai sentimental yang unik. Kerana ianya ditulis dengan tulisan tangan sendiri dan tulus dari hatinya.
"Jangan leleh pula bila baca nanti."Hafizan menyakat Syifa sebelum berlalu pergi.
Perlahan, Syifa membuka lipatan surat itu, dan mula membacanya.
Ke hadapan bidadari hidupku, Mawaddatul Syifa..
Abang tak mengharapkan seseorang yang sempurna, kerana lumrah manusia, tiada yang sempurna. Cukuplah hanya kita sama-sama melengkapi dan sentiasa memperbaiki diri masing-masing.
Perjalanan abang untuk menjemput bidadari abang ni bukannya mudah. Penuh dengan liku.
Tapi, abang cekalkan hati sebab abang mahu kita sama-sama melangkah ke syurga.
Abang cintakan Syifa, dan cinta itu buatkan abang tak sanggup mencampakkan Syifa ke neraka.
Syifa,
Kita boleh mencintai manusia, tapi biarlah cinta kepada Pencipta kita itu melebihi segalanya. Kerana Dia jualah yang mencampakkan rasa cinta itu ke dalam hati kita.
Dan dia jualah yang mempertemukan seorang Shahrul Hafizan dengan Mawaddatul Syifa.
Syifa,
Sekali lagi, terima kasih sebab sudi jadi isteri abang dan menjadi pelengkap kepada abang. Terima kasih..sekali lagi. Untuk semuanya..
Yang menyanyangimu dengan izin Allah,
Shahrul Hafizan..
p/s : tak semua yang kita nak akan jadi kenyataan. cerita ini hanya sekadar rekaan, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati..cinta itu fitrahnya suci, tetapi manusia sering mengotorkan fitrah itu dengan cinta yang palsu..jika benar cinta, akan membawa ke syurga, dan bukannya ke neraka.

Allahu..menangis lak aq baca cter ni...
ReplyDeletereality is much bitter than in the story..
Deleteyup..hm....nake a new move....forget the past for our future....we live now for future right?
Delete