musafir ilmu

bismillahirrahmanirrahim~


sekarang musim untuk menyambung pelajaran.
sama ada di dalam negara atupun luar negara.

jordan-mesir-australia-perancis-us-new zealand-india-


dan banyak lagi.


tarik senyum kat bibir.saya pujuk hati sendiri.

semua orang ada rezeki masing-masing.

sebab saya tahu, Allah memberikan apa yang hambaNYA perlu,bukannya apa yang hambaNYA minta.

cumanya,ialah,siapa yamg tak ada simpan impian nak ke luar negara.
bermusafir di suatu tempat yang asing.
yang ada cuma kenalan tempat kita bergantung harap.
sedangkan keluarga jauh dari pandangan.


tapi, ada seseorang beritahu saya,
tak penting di mana pun kita belajar.
yang penting adalah,


sebanyak mana ilmu yang kita pelajari itu..kita simpan erat dalam hati dan dizahirkan dengan perbuatan dalam kehidupan seharian kita.


selagi kita masih bernyawa,
tuntutlah ilmu sebanyak mungkin,
kerana kita takkan pernah tahu bilakah kita akan dijemput menghadapNYA kelak.


~kehidupan adalah sebuah catatan perjalanan seorang musafir,menuju ke kampung akhirat yang abadi~

Comments