Hanya tiga bulan tempoh persediaan dilakukan untuk majlis perkahwinan Izzat dan Fazirah. Tetapi, sepanjang tiga bulan itu, tidak pernah sekali pun Fazirah mengambil bahagian untuk membantu. Alasannya, ibu yang beria-ia hendak dia berkahwin dengan Izzat, bukan dirinya.
Pejam celik, pejam celik, tak sampai sehari pun, dirinya bakal bergelar seorang isteri. Kurang 24 jam daripada sekarang, majlis akad nikah akan dilangsungkan di rumahnya selepas solat Isyak. Fazirah menghela nagas panjang. Jiwanya terasa kusut dengan apa yang berlaku. Hatinya seakan mahu memberontak. separuh hatinya ingin membatalkan perkahwinan ini. Tetapi separuh lagi seakan rela kerana sejak dia mula mengenal erti cinta, dalam hatinya hanya punya Izzat.
Fazirah bersandar di pangkin yang terletak di belakang rumah. Matanya merenung langit malam yang pekat tanpa dihiasi sebutir bintang.
"Termenung jauh nampak, bakal pengantin?"sapaan itu mengejutkan Fazirah. Takkanlah dia.
Ternyata, sangkaan Fazirah tepat. Di belakangnya, Izzat sedang santai bersandar sambil tersengih.
"Apa awak buat kat sini? Macam mana kalau orang lain tengok?"
"Jangan risau lah. Saya dah minta izin dari ayah awak nak jumpa awak ni. Lagipun Fauzan ada, temankan kita. Kalau kena tangkap basah pun, esok saya lafazkan juga akad tu."balas Izzat selamba.
Fauzan yang berdiri tidak jauh dari situ tersengih sambil melambai ke arah Fazirah.
"Okay. Straight to the point. Apa yang awak nak sebenarnya? Takut saya lari, tinggalkan majlis kita esok?"
"Saya nak sselesaikan semuanya. Saya taknak bila awak terima saya sebagai suami awak, masih ada rasa ragu-ragu dan syak wasangka. Saya nak awak tahu, saya betul-betul ikhlas nak jadikan awak isteri saya. Sejak sekolah lagi, saya pendamkan perasaan saya ni. Bila kita dah habis sekolah, saya terus beritahu ayah awak, saya nak jadikan awak isteri saya. Saya nak ikat awak dulu, sebelum orang lain datang meminang awak. Saya pun tak sangka, Halim sanggup buat perkara keji macam tu terhadap awak, hanya kerana dendam dia sebab awak tolak cinta dia. Saya tak kisah kalau orang cakap awak dah tak suci lagi, bagi saya, awak tetap wanita yang paling istimewa dalam hidup saya."terang Izzat.
Hati kecil Izzat benar-benar berharap Fazirah dapat menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka. Dia tidak mahu Fazirah merasa rendah diri dengan kekurangannya. Kerana Fazirah langsung tidak bersalah sama sekali.
Fazirah menunduk. Dia tidak berani mengangkat muka, bertentang dengan Izzat. Tipu jika hatinya tidak tersentuh dengan pengakuan Izzat. Dia masih teringat keberanian Izzat berjumpa dengan ayah dan berterus-terang tentang perasaanya. Izzat tidak pernah berdepan dengannya tetapi dia terus berjumpa dengan ibu bapanya.
Belum sempat dia memberikan jawapan, Halim telah mencalit titik hitam dalam hidupnya. Membuatkan dirinya dicerca dan diumpat keji. Dia dituduh sebagai penggoda. Sedangkan dalam dirinya tidak ada sekelumit pun perasaan suka terhadap Halim. Mengimbas kembali kenangan pahit itu membuatkan hatinya kembali sebak, perit dan terluka.
"Saya mohon, Irah. Percayakan saya untuk kali ni. Cukuplah beberapa tahun ni, awak kesat sendiri air mata awak, awak ubat sendiri luka hati yang berdarah tu. Percayakan saya, izinkan saya tunaikan janji saya dahulu untuk bahagiakan awak selagi saya bernafas, Irah."luahan hati Izzat menyentuh hatinya.
Lambat-lambat, Irah mengangkat muka. Memandang wajah penuh mengharap Izzat. Mata dipejamkan seketika. Cuba meraih kekuatan yang masih bersisa.
"Saya percayakan awak."hanya sebaris ayat itu yang dituturkan oleh Fazirah sebelum dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah.
Jawapan itu sudah cukup membuatkan senyum di bibir Izzat merekah. Hatinya terasa benar-benar lega kini. Dia tidak mahu Fazirah menerimanya kerana terpaksa dan untuk itu dia perlukan suatu kepastian. Dan ternyata, bahagia itu masih kekal milik mereka berdua.
***********
Lafaz sakinah itu meluncur tenang dari bibir Izzat. Wajahnya tampak bercahaya. Menampakkan seri seorang pengantin baru. Melihat wajah Fazirah sebagai seorang isteri kini, benar-benar membuatkan hatinya disapa bahagia. Janji dahulu akhirnya berjaya ditunaikan, menghantar detik bahagia dalam hidup mereka berdua.
Izzat duduk berhadapan dengan Fazirah. Bibirnya mengukir senyum. Lalu, tangannya dibawa menyentuh ubun-ubun Fazirah. Tinggi harapan dalam hati agar mereka berdua dapat melayari bahtera kehidupan mereka berdua sselepas ini tanpa ada rasa sangsi, ragu ataupun syak wasangka.
Pandangan mata mereka berdua saling bertemu. Menghantar satu rasa serupa yang dikongsi bersama.
"Terima kasih, sebab sudi letakkan kepercayaan awak kat saya. Awak adalah amanah daripada Allah untuk saya jaga dan lindungi. Kekal jadi bidadari saya sampai syurga nanti?"
"Terima kasih juga sebab masih sudi terima diri saya ni, dan tunaikan janji awak dulu. InsyaAllah, selagi masih diberi kesempatan, saya akan temankan awak sampai syurga nanti."balas Fazirah.
Setiap hari, matahari terbit dan membawa sinar baru ke dalam kehidupan manusia. Ada kala, mendung akan menghalang sinaran matahari itu. Tetapi hanya mereka yang kuat dan benar-benar tabah mampu merasai hangatnya sinaran itu walau setebal manapun awan mendung yang berarak di langit.
*masa-masa sukar dalam kehidupan takkan pernah berakhir..hanya yang tabah mampu menghadapinya..

Comments
Post a Comment