Fazairah memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek di Kelana Jaya. Dia turut menyewa sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat kerjanya bagi memudahkan dia berulang-alik. Mujurlah dia menyewa bersama dengan dua orang lagi rakannya. Tidaklah dia merasa sangat tertekan untuk membayar sewa berseorangan.
Suatu hari, Fazirah mendapat panggilan telefon daripada ibunya. Ibu menyuruh dia pulang kerana ada hal penting yang perlu dibincangkan. Walaupun berasa agak pelik, Fazirah hanya menurut kata-kata ibunya.
Malam itu, usai makan malam, ibu memulakan mukaddimah awal perbualan mereka.
"Tadi, ada tetamu datang."ujar ibu.
Fazirah mendengar kata-kata ibunya sambil mata masih melekat di televisyen.
"Tetamu?Siapa, bu?"
"Pak Hasan dengan Mak Timah. Mereka datang bawa hajat."
Dahi Fazirah mula berkerut. Kali ini, dia mula menumpukan perhatiannya kepada ibu. Seingat dia, Pak Hasan dan Mak Timah itu adalah ibu bapa Izzat. Apa tujuan mereka datang ke mari? Bawa hajat pula tu. Gaya dah macam nak datang meminang pula.
"Mereka nak meminang kamu. Untuk Izzat."dan kata-kata ibu itu membuatkan Fazirah tergamam.
Okey. Meminang. Untuk. Izzat. Mindanya cuba mencerna ayat yang keluar dari mulut ibu.
"Faz tak nak."laju dia memberi jawapan.
"Kenapa Faz tak nak? Mak tengok baik budaknya Izzat tu. Hormat orang tua, merendah diri, kerja pun bagus. Dengarnya dia tengah set up company dia sendiri."beria-ia ibu membela Izzat.
"Mak dah lupa ke siapa sebenarnya Faz ni? Takkan lah Pak Hasan dan Mak Timah tak kisah bermenantukan orang macam Faz? Tak risau ke dengan umpat keji orang kampung nanti?"nada suara Fazirah jelas menggambarkan sakit hatinya masih belum hilang lagi walaupun beberapa tahun dah berlalu.
"Bukan salah kamu, Faz. Bukannya kamu yang minta semua tu jadi. Mereka yang bersalah. Dan mereka pun dah terima hukumannya."ibu masih cuba memujuk.
Fazirah bangun dari duduknya dan terus menuju masuk ke bilik.
"Ikut suka hati mak lah. Tapi Faz taknak nanti bila semua persediaan dah dibuat, keluarga mereka tak sanggup teruskan sebab tak tahan orang hina menantu mereka ni mangsa rogol dan Izzat tu cuma pak sanggup sebab sudi kahwin dengan perempuan yang dah tak suci lagi."datar tanpa nada balasan Fazirah.
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, pintu terus ditutup rapat. Air mata yang ditahan sejak tadi mula menitis. Setitis demi setitis dan akhirnya menjadi lebat. Fazirah tersandar di belakang pintu. Lututnya ditarik rapat ke dada. Kenapa semuanya mesti jadi macam ni? Kenapa terasa payah sangat untuk dia capai bahagia tu?
Dia tak bersalah. Tapi kenapa masyarakat sering letakkan semua kesalahan tu pada dia? Sedangkan dia adalah mangsa. Mangsa keadaan. Orang pandang hina pada dia sebab dia dah tak suci lagi, tapi orang tak pernah fikir berapa ramai gadis kat luar sana yang hilang dara sebab terjebak dengan seks bebas. Hina sangat ke mangsa rogol? Sekurang-kurangnya dia masih tau agama, masih tutup aurat, tak tinggal solat. Fazirah masih boleh terima bila hanya dirinya yang dikecam.
Tapi sungguh, bila keluarganya turut dihina gara-gara dirinya, Fazirah tak dapat terima. Sebab itulah dia ambil keputusan nak sambung belajar kat luar negara. Sekurang-kurangnya, bila dia dah tak ada, orang kampung akan berhenti menghina keluarganya.
Langkah dihayun menuju ke bilik air. Telekung yang tersidai di rak pantas diambil. Sejadah dihampar di tengah bilik. Hatinya benar-benar keliru. Dan dia hanya punya satu tempat mengadu. Allah yang satu.

Comments
Post a Comment