bismillahirrahmanirrahim~
ada seorang sahabat pernah menceritakan kepada saya..kisah tentang seorang gadis bernama Maisarah(bukan nama sebenar). Kisah yang membuat saya kembali tersedar akan hakikat sesuatu, betapa saya perlu menghargai nikmat Iman dan Islam itu.
Maisarah baru berusia 15 tahun. Tahun ni, dia akan menduduki PMR. Dia bersekolah di sebuah sekolah agama..SMKA di Selangor. Sekolah apa? Biarlah rahsia.
Maisarah berasal dari keluarga yang kaya. Tinggal di rumah banglo, ada kereta mewah yang bersusun..siap dengan kolam renang lagi. Parentsnya sangat sibuk dengan kerja. Waktu dia form one, parentsnya membuat keputusan menghantarnya ke sekolah agama itu.
Awalnya, terasa berat untuk Maisarah menjejakkan kaki ke situ. Lagi2 bila ada tittle agama di sekolah itu. Dia sendiri tak tahu apakah tujuan sebenar ayahnya menghantarnya bersekolah di situ, sedangkan kebanyakan anak2 kawan ayahnya dihantar ke sekolah international, sesuai dengan golongan korporat seperti mereka.
Tetapi, hari demi hari, hatinya semakin disapa dengan Nur Islam itu. Dia mula berjinak-jinak memakai tudung2 yang agak labuh, mula mengamalkan membaca Al-quran di rumah, tunaikan solat fardu.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah ibaratnya kehidupan Maisarah. Walaupun semakin dekat dengan Islam, hatinya sering resah. Kerana dia tidak mahu melangkah ke syurga bersendirian, dia mahu menarik parentsnya untuk bersama-sama dengannya.
Hatinya semakin resah,
bilamana melihat masih tersusun botol2 arak di dalam rumahnya.
Jiwanya terasa ingin memberontak,
apabila dia dimarahi hanya kerana dia membaca al-Quran,
walaupun dengan suara yang sehabis perlahan.
Dan, yang benar-benar membuatkan dia terluka,
ayahnya mahu menghantarnya ke sekolah international selepas selesai PMR.
bermakna, tiada lagi tarbiyah di sekolah agamanya.
Untuk melarikan diri, memang mustahil. Maisarah masih di bawah umur.
Untuk terus mengikut kehendak ayahnya, terasa bagai membunuh separuh jiwanya
yang begitu dahagakan ilmu tentang Islam.
Dan, Maisarah tersepit di tengah-tengah.
Kisah Maisarah hanya secebis kisah diantara beribu-ribu kisah yang lain.
Yang membuat saya kembali tersedar, betapa bertuahnya diri ini kerana dibesarkan dalam keluarga yang memahami. Kerana saya tak pernah berdepan dengan situasi sebegitu.
Iman dan Islam. Dua nikmat terbesar yang dikurniakan kepada golongan manusia. Tapi, sering sekali kita alpa, leka serta lalai dalam menghargainya kedua-duanya.

hargai nikmat ini dengan sebaik-baiknya. jadilah hamba yang sering mensyukuri.
kerana selagi mana kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat untuk kita.
tepuk dada, tanyalah hati anda.
tentang dua nikmat terbesar yang Allah berikan kepada kita.
Iman dan Islam..adakah kita bersyukur akannya dan benar-benar menghargainya?
atau sekadar singgah di pinggir hati, tanpa dipasak erat ke dalam jiwa erti syukur itu?
~hanya seorang hamba~

Comments
Post a Comment