7.
"Macam mana kalau satu hari nanti aku tinggalkan kau?"Safiyyah menyoal bersama senyuman.
Sarah mengerutkan dahi.
"Kau nak tinggalkan aku pergi mana?"
Sekuntum senyuman ditarik di hujung bibir Safiyyah.
"Aku nak berehat dari kesibukan dunia yang memenatkan aku. Aku nak pergi jauh daripada semua ni. Bila dah sampai masa nanti, aku nak kau janji, jangan menangis, aku nak kau kuat. Dan jangan lupa terus doakan aku."kata-kata Safiyyah menyentap jantung Sarah.
Ayat itu kembali berulang di kotak ingatannya. Yassin yang berada di tangan dicapai, lalu diulang sekali lagi bersama linangan air mata. Kadang-kala, bacaan Sarah terhenti seketika kerana tangisannya yang semakin lebat mencurah. Perit. Pedih. Sakit yang ada di hati tak mampu nak digambarkan dengan kata-kata.
Tanpa sedar, ada dua pasang mata yang memerhati di sebalik pintu bilik yang terbuka sedikit.
"Salah kita bang, semua ni jadi macam ni."satu keluhan kecil terluah daripada Puan Maisarah.
"Jangan cepat salahkan diri sendiri, abang pun ada khilaf juga. Kita terlampau sibuk nak kejar harta dunia sampai kita lupa yang anak kita perlukan perhatian kita. Arwah satu-satunya orang yang paling dekat dengan Sarah sebelum dia meninggal. Kita kena tuntut bela atas kematian arwah Safi."tutur Encik Firdaus dengan penuh semangat.
"Maafkan saya, tuan, puan.."suara Mak Jah mencelah perbualan Encik Firdaus dan Puan Maisarah dengan sopan.
"Saya rasa, kita tak usah panjangkan lagi hal ni. Lagipun, biarlah arwah anak saya tenang di alam sana. Tentang penjahat tu, biarlah Allah yang membalas segala perbuatan mereka. Saya taknak susahkan tuan dan puan pula, nak uruskan kes anak saya ni."terang Mak Jah dengan berhati-hati.
"Selama ni mama dengan papa tak pernah peduli tentang Sarah pun. Jadi, untuk kes Safi ni, tak payah susahkan diri sendiri. Sarah tak minta pun mama dengan papa masuk campur dalam hal ni."kehadiran Sarah dengan kata-kata yang tegas membuat Puan Maisarah dan Encik Firdaus tersentap.
Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain.
"Tapi, Sarah, papa cuma nak..."
"Sarah dah biasa hidup sendiri. Sarah ni kira bernasib baik sebab Safi masih sudi nak berkawan dengan Sarah. Mama dan papa tak perlu risau apa-apa. Syarikat papa dengan butik mama tu lagi berbaloi untuk diuruskan daripada hal Sarah."serentak dengan itu, Sarah kembali menutup pintu bilik.
Hati kecilnya kembali merintih. Kenapa baru sekarang mama dan papa nak tunjuk sikap prihatin terhadap dia? Kenapa bukan dari dulu lagi. Hampir 21 tahun dia dibiarkan hidup sendiri. Segalanya dilakukan sendiri tanpa kehadiran mereka berdua. Bila Safi mula berkawan dengan dia, barulah Sarah mula berasa hidupnya tidak lagi kosong.
Tapi, pemergian Safi bagaikan merenggut separuh jiwanya pergi. Dia baru mula bertatih untuk mengenal kembali kalam Tuhan yang telah lama ditinggalkannya. Dia baru belajar untuk mendidik jiwanya memahami kesibukan mama dan papa mengejar harta dunia sehingga dirinya sering diabaikan. Dia baru hendak mula belajar menerima hakikat yang dia diciptakan di dunia ini punya tujuan dan matlamat.
Seakan orang yang diberi lampu suluh, belum habis jalan yang ingin dilalui, lampu suluh itu terpadam. Sarah kembali teraba dalam kegelapan. Safi sering menasihati dia agar lupakan segala dendam lama kerana memang hakikatnya manusia tak sempurna. Sarah sedar semua tu. Rapi hati masih lagi berdegil kerana walaupun luka tu dah tak berdarah, parutnya masih kekal ada.
Sementara itu, di luar bilik Sarah, Puan Maisarah hanya mampu menundukkan wajahnya. Hati ibu mana yang tidak tersentuh dengan luahan seorang anak yang ketandusan kasih sayang. Silapnya sendiri, berfikir bahawa harta mampu membawa kebahagiaan. Sedangkan hanya dengan mendekati Tuhan, kebahagiaan hakiki akan dapat diraih.
8.
Tinggal seminggu saja lagi, Ramadhan akan berakhir. Sarah baru sahaja menyudahkan bacaan Yasinnya setelah melakukan qiyamullail. Awal Ramadhan dahulu, dia sering qiyam bersama-sama Safi. Terasa sekejap sangat masa yang diluangkan bersama Safi.
Ketukan di pintu bilik menarik lamunan Sarah ke alam realiti. Wajah Puan Maisarah memenuhi ruang pandangannya,
"Sarah, jom turun bawah, kita sahur."Puan Maisarah mengukir senyuman lembut.
"Ok. Kejap lagi Sarah turun, nak lipat telekung dulu."hatinya tiba-tiba terasa sebak. Ingatan terhadap Safi takkan pernah padam dari ingatannya.
"Kau kena bersyukur Sarah, masih ada mak ayah. Tak macam aku ni, ayah aku dah tak ada. Tinggal mak aku je tempat aku nak curahkan bakti, balas jasa sebab dah besarkan aku selama ni."pesan Safi suatu ketika dahulu.
"Tapi mak ayah aku cuma bagi duit, lepas tu, tinggalkan aku sorang-sorang. Mama dan papa tak pernah peduli tentang markah periksa aku, siapa kawan aku, aku sakit ke tak. Yang diorang tahu, cuma nak cari duit je."bantah Sarah.
Safi meraih lembut bahu Sarah.
"Sarah, dengar sini. Ibu bapa pun cuma manusia. Mereka pun ada buat kesilapan juga. Jangan terlalu cepat menghukum, Sarah. Andai kata satu hari nanti, mereka berubah, aku nak kau maafkan segala kesilapan merka. Terima dengan hati terbuka. Hargai mereka selagi masih ada. Sebab kita tak tahu bila ajal kita akan sampai, Sarah."nasihat itu perlahan-lahan meresap ke dalam hati Sarah.
Walaupun pada awalnya, agak sukar untuk dia menerima semua ini, tapi Sarah tetap mencuba untuk memberi ruang dan peluang. Berkat keberkatan Ramadhan kali ini, cahaya Ilahi itu semakin bersinar terang di rumahnya. Rumah yang dahulunya dirasakan seperti penjara kesunyian kini sudah bertukar menjadi syurga kasih-sayang.
Sarah melangkah keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah. Sekali lagi, fikirannya menerawang mengingati kata-kata Safi.
"Kalau boleh, aku nak meninggal dunia time bulan Ramadhan. Aku nak bertemu dengan Allah dalam keadaan aku sedang berpuasa."kata-kata Safi dahulu kembali teriang di telinganya.
Allah dah pun makbulkan doa kau, sahabat. Desis hati Sarah.
Epilog.
Bunyi mercun kedengaran meriah di luar seiring dengan suara kanak-kanak yang riang bermain. Sarah menyelak langsir. Dia memerhati suasana meriah pada malam Raya. Baru tadi, pengumuman telah dibuat bahawa esok seluruh umat Islam akan menyambut 1 Syawal.
Dalam gembira menyambut Syawal, masih ada sebak yang bertandang di sudut hati Sarah. Ternyata, pemergian Safi tak sia-sia. Allah menjemput Safi kembali kepadaNYA, tapi kemudian dia gantikan dengan ibu bapanya yang jauh lebih baik berbanding dahulu. Yang mencurahkan kasih-sayang kepadanya tanpa henti kini. Yang seiring langkah bersamanya untuk mencari redhaNYA.
Perlahan-lahan, Sarah mula belajar erti redha. Redha dengan segala ketetapan Allah. Dia cuba belajar untuk menerima bahawa perancangan Allah jauh lebih baik berbanding manusia. Dan dia juga sedang belajar untuk menerima bahawa, setiap jiwa itu pasti akan merasai mati. Cepat atau lambat, pasti akan tiba jua masanya satu hari nanti.
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
kau sahabatku kau teman sejati.
Tulus ikhlasmu,luhur budimu bagai tiada pengganti
senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
memori indah kita bersama terus bersemadi
kau sahabatku kau teman sejati
Telah ditakdirkan kau pergi dulu
di saat dirimu masih diperlukan
Tuhan lebih menyanyangi dirimu
ku pasrah di atas kehendak yang Esa..
Semoga kau bahagia di sana, sahabat. Aku menjadi saksi bahawa kau sahabat terbaik yang pernah aku miliki. Dan aku harap persahabatan kita akan kekal sampai ke syurga, Safi. Bisik Sarah sendiri. Angin berhembus membawa pergi Ramadhan kali ini yang mengumpul seribu satu memori dalam hidup Sarah. Namun hatinya tak putus berdoa agar dia masih diberi kesempatan bertemu Ramadhan yang seterusnya. Untuk dia mengumpul sebanyak mungkin ganjaran yang tersedia, selagi mana diri belum dijemput untuk kembali kepadaNYA.
Tamat
20 Julai 2013
10:50 AM
p/s : hanya secebis kisah tentang sebuah persahabatan dan juga Ramadhan, bulan mulia ini. Moga dapat memberi pengajaran kepada diri kita.
RAMADHANKAN HIDUPMU~ ^_^

Comments
Post a Comment