kerana syurga itu indah

Setiap kali masuk kelas, mesti perkara yang sama diulang-ulang oleh ustaz dan ustazah. 

"Kamu semua adalah duta Islam"
"Pengetahuan agama kena lebih bagus dari student yang ambil course lain tuh."
"Kamu kena tahu nama-nama ulama."
"Khatamkan baca kitab-kitab agama tu. Bila balik kampung nanti, kamu ni akan jadi tempat rujukan."

Angkat bahu. Jatuhkan muka.
Sentap sebenarnya dengan semua soalan tu. Sebab sedar diri sangat jauh dari anggapan tinggi yang orang lain letakkan.

Ihya' Ulumuddin?
Sahih Bukhari?
Sahih Muslim?
Syamil Muhammad?

pandang cermin, tanya diri sendiri. Dah khatam dah semua tu? Hadis 40 lagi?

ada akak tu pernah kata,

"bila kita dah faham betul dengan tarbiyah tu, kita pasti mampu nak tinggalkan semua karat-karat jahiliyyah yang masih bersisa dalam diri. Delete game dalam handphone, stop marathon drama2 korea, stop buat koleksi novel2 cinta."

rasa macam panah tajam tertusuk ke dada. sakit bila dengar semua tu. tapi, itulah realitinya, kebenaran tu memang pahit untuk ditelan.

sebab..jalan ke syurga itu tak dihampar dengan permaidani merah, sebaliknya penuh dengan duri-duri tajam.
dan kerana itulah,
syurga itu sangat indah.

terkadang, ilmu itu memang banyak, tapi berapa kerat sangat lah yang mampu amalkan.
perlukan mujahadah yang cukup banyak sebenarnya.

mohon diberi kekuatan dari pemilik hati..
kerana hati ni masih tak kuat sebenarnya..

Comments