Muslim or Mukmin?

bismillahirrahmanirrahim~

Dia menghadiri majlis-majlis ilmu..
Dia mengkaji tentang ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran,
Dia tahu tentang kewujudan Allah,
Dan paling penting, dia adalah Muslim.

Dan itu semua bermakna dia mampu menghadam semua ilmu tu dalam kepala.
Dan juga tak bermakna dia terima semua benda tu seratus-peratus betul.
Dan juga tak bermakna dia benar-benar bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Seorang Muslim itu tak semestinya Mukmin..tapi..seorang Mukmin itu sudah semestinya Muslim.
Sila buka mata luas-luas sebab tak semua orang Allah inginkan kebaikan darinya.
Sebab apa?
Sebab sesiapa yang Allah inginkan kebaikan bagi dirinya, maka akan diberikan kepada orang itu kefahaman tentang agama.

Berbalik kepada persoalan dia atas. Cuba tepuk dada, tanyakan dengan Encik Iman, adakah aku ni betul2 seorang Mukmin?
Atau masih lagi seorang Muslim yang hanya sekadar nama?

'Dia' yg saya sebut di atas boleh ada di mana-mana. Bahkan, mungkin dlm kalangan ahli keluarga kita sendiri.
Mungkin juga rakan-rakan di sekeliling kita.

Kita bukanlah sesiapa untuk berdebat tentang soal akidah atau hukum fiqh.
Kita bukanlah ulama terkenal untuk mengeluarkan fatwa dan sebagainya.
Tapi sebagai seorang Muslim yang Mukmin, kita mesti sentiasa mencuba dan berusaha.

Untuk,
Membaiki diri lagi.
Meningkatkan keimanan.
Melaksanakan tujuan kita dicipta,iaitu beribadat kepada Allah.
Dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar.

Berusaha dan terus berusaha.
kerana Allah tak melihat hasil, tetapi usaha kita.

We don't need evidence to make us believe that Islam is the right way of life.
Just look at the creation of the universe..
Look at all the systems in your body..
All of them was arranged nicely and accordingly..
And who is The Creator of them?
Without no doubt..Allah S.W.T.

the evidences are exactly in front of our eyes..
but then, we still deny it sometimes..
it is not a stereotype opinion if i state that Islam is right
simply because it is the FACT..

so..dear my brothers and sisters..

being a Muslim or a Mukmin..
what is your choice?  ^_^

Comments