duhai Muslimah..mereka mencemburuimu..

~Bismillahirrahmanirrahim

Ada seseorang pernah berkata kepada saya, dalam sebuah pengisian sementara menunggu waktu berbuka.
Bahawa, wanita solehah di dunia, yang menjaga kehormatan dirinya, memelihara auratnya dengan sempurna,
menjadi anak yang solehah, taat kepada kepada ibu bapa dan juga seorang isteri yang sentiasa menggembirakan hati suaminya...

Mereka itu...

Dicemburui bidadari di syurga.

Terkedu. Tergamam.
Hingga begitu sekali darjat mereka diangkat tinggi. Sedangkan kita semua tahu, bidadari syurga itu, kecantikannya tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Ganjaran yang telah Allah sediakan khusus untuk mereka yang beriman dan memasuki syurgaNYA.

Speechless. No words can describe how amazing they are. But then,
they still jealous with the solehah woman..

Kerana apa?

Kerana mereka di syurga sana sudah sememangnya beriman kepada Allah, tanpa ada dugaan hidup yang menekan. ataupun..

virus fesyen-fesyen terkini yang semakin menular
ataupun perang minda yang dilancarkan untuk menjatuhkan iman umat Islam
ataupun ada yang membuang hanya kerana mereka memilih Islam sebagai agama

mereka tidak diduga dengan semua itu.
sebaliknya,,wanita yang didunia ini, walaupun banyak cabaran dan dugaan yang dilalui,
mereka tetap utuh dengan pegangan mereka.
mereka tetap tegar mempertahankan maruah dan harga diri mereka sebagai seorang Muslimah
mereka tetap berjuang untuk menyebarkan kalimah Allah di seluruh pelusuk bumi....

walaupun dugaan terus menghimpit tanpa henti,
walaupun cabaran takkan pernah berhenti menghantui,
dan walaupun masalah datang bertimpa-timpa,
mereka masih teguh berdiri di jalanNYA..

Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah

Kita bukannya hidup di zaman jahiliyyah di mana hak dan kedudukan seorang wanita itu diletak di takuk paling hina. Sebaliknya, bila cahaya Islam mula menyinar, Rasulullah mengangkat darjat seorang wanita itu tinggi di dalam Islam.

Tapi, masih ramai muslimat yang masih belum sedar, masih hanyut dengan propaganda musuh-musuh Islam yang dah terang lagi bersuluh banyak memanipulasikan keistimewaan wanita.

Allah menciptakan seorang wanita itu sungguh istimewa, makanya, duhai muslimat-muslimat, jagalah auratmu untuk tatapan hanya yang benar-benar berhak. kerana keindahan itu bukan untuk dipamerkan sesuka hati di khalayak umum. kalau semuanya sudah dipamerkan, maka apa lagi yang tinggal?

lazimilah hari-harimu dengan bacaan al-Quran, kerana sejak dahulu, kini dan seterusnya, itulah panduan kehidupan kita.

peliharalah tutur katamu, kerana seorang wanita itu tampak lebih indah dengan kesantunan bahasanya.


Oh Muslimah..berbahagialah..
kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah, Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
rendah hati..
Oh Muslimah..busanamua menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh Muslimah..kau rajin memujuk..
Islam kau jadikan..ikutan sejati..
SubhanAllah...Tuhan telah berkati..
wanita yang cukup ilmu..rendah hati..
Oh Muslimah..memandangmu menyejuk hati..
menundukkan nafsu..hati yang goyah..


#a flower that blooms in adversity is the most rare and beautiful after all


Comments