Aisyah mengangkat muka, memandang wajah Farah yang tengah tekun menulis dalam buku.
"Farah.."rendah dia memanggil.
"Kau rasa kita boleh pass ke exam kali ni?"
Kening Farah cepat bertaut. Hairan dengan pertanyaan itu.
"Kenapa tak boleh pula?"
"Iyelah, kita kan ada speaking test lagi. Pastu, aku punya essay pun macam boleh buat bungkus nasi lemak. Aku tak yakin lah boleh lulus exam ni. Aku bukannya macam kau."luah Aisyah.
"Kenapa dengan aku pula?"
"Yelah, madam selalu puji karangan kau. Lepas tu, kalau kena cakap kat depan, laju je kau pergi. Tak teragak-agak langsung. Memang aku kagum lah dengan kau."
Farah menghela nafas panjang..dan dalam. Dia tak senang dengan semua pujian tu. Tipulah kalau dalam hati tak ada sikit pun rasa bangga. Tapi, Farah cepat sedar, pujian tu lebih kepada racun yang boleh membunuh, bukannya penawar yang boleh menyembuhkan.
"Nak tau, macam mana aku boleh jadi macam ni?"
Aisyah mengangguk. Sementara Farah, mula membuka kisah.
"Dulu, waktu aku darjah enam, aku pernah pergi satu kem motivasi. Macam biasalah, kena buat kumpulan, buat logo, moto, lepas tu kena present kat depan. Waktu tu, aku wakil kumpulan aku untuk pergi present kat depan. Lepas habis pembentangan tu, tau tak apa fasilitator tu cakap kat aku?"
Aisyah menggeleng.
"Dia kata, aku ada bakat sebagai seorang pembentang yang bagus. Walaupun apa yang dia cakap tu sekadar nak sedapkan hati aku, tapi benda tu dah melekat dalam jiwa aku. Dan aku kerap kali ulang perkara tu kat diri sendiri."
"Kenapa kau tiba-tiba cerita semua ni kat aku?"wajah Aisyah seakan kelam. Masih gagal memahami tujuan sebenar Farah.
"Sebab, aku nak kau tahu, apa yang kita fikir tentang diri kita, itulah sebenarnya kita. Kalau kau fikir kau tak boleh buat, memanglah kau tak boleh. Kalau kau fikir kau takut, perasaan tu akan terus wujud dalam diri kau. Jadi, berhenti cakap yang kau tak boleh nak pass exam ni dan start belajar. Faham?"tegas nada Farah menyoal.
Aisyah mengangguk. Tanpa menunggu walau sesaat, dia terus membuka buku dan memulakan sesi ulangkaji pada hari itu tanpa sebarang sungutan lagi.
_________________________
semangat dan keazaman adalah sesuatu yang bukan semua orang boleh pasakkan dalam diri dengan sangat
teguh ketika menghadapi dugaan.
sebab, cuma orang yang berhati kental dan berjiwa besi mampu melakukannya.
ramai yang kecundang di pertengahan jalan, memikirkan yang mereka ridak cukup kuat untuk mengharungi
rintangan itu. sedangkan hakikatnya, mereka telah tewas sebelum melangkah.
ramai yang fikir mereka tak mampu untuk terus menggalas beban yang diberikan. cepat benar berputus asa.
kerana mereka terlupa yang Allah telah berjanji bahawa Dia tak akan bebankan hambaNYA melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.
konklusinya, kalau rasa ada perasaan putus asa dalam diri, bisikkan pada hati, Allah itu lebih dekat dari urat
leher kita. Dia tak akan pernah tinggalkan kita. Hanya kita yang sering mengabaikan Dia. Berdoalah
kepadaNYA, nescaya pasti DIA akan kabulkan.

Comments
Post a Comment