bismillahirrahmanirrahim~
ini hanya sebuah kisah biasa. mungkin biasa pada pandangan anda yang membaca. namun bagi saya, sangat besar maknanya.
saya ada seorang sahabat. ya, seorang insan yang saya gelarkan sahabat. perkenalan kami bermula sejak dari form one, hinggalah sekarang, kami sudah melepasi alam persekolahan.
kami pernah bergaduh besar waktu form two, dilanda ujian yang besar, untuk menguji seutuh manakah tali ukhuwah yang kami bina selama ini.
tapi, alhamdulillah. ujian itu berjaya dilepasi.
dan sekali lagi kami diuji. kali ini, betul2 sebelum PMR berlangsung. saya akui, hati waktu itu sangat lemah, untuk mempertahankan tali persaudaraan kami.
namun tak lama kami berpisah, mungkin saya dan dia memang tak boleh berjauhan. lagi2 kami duduk di asrama.
waktu tingkatan empat, perkara yang sama berulang. hampir seminggu kami tak bertegur-sapa. hinggakan orang sekeliling mula hairan. kami yang bagaikan belangkas, tiba-tiba menjadi bagai utara dan selatan. masing-masing menjauh.
masuk tingkatan lima, saya tanamkan azam baru, mahu mengikat utuh tali persahabatan ini seutuh-utuhnya, tanpa mahu lagi melalui badai ujian.
sungguh. saya dah penat. letih nak menempuh ujian ini.
dan sekarang, bila dah berjauhan, baru saya tersedar sesuatu. tanpa semua ujian itu, mungkin saya dan dia tak akan jadi serapat ini. mungkin persahabatan kami terhenti hanya setakat di sekolah menengah.
tamat sekolah. persahabatan pun tamat. begitukah?
dalam hidup, bila mana kita menghadapi dugaan, dan apabila kita berjaya melaluinya dengan hati yang cekal dan jiwa yang utuh dengan kesabaran, pasti terasa nikmatnya jalan yang ditempuh selepas itu.
buat sahabat saya itu, yang bakal terbang jauh, menghirup udara di bumi Anbiya' itu, hanya satu yang saya harap, semoga dia sentiasa dilindungi Yang Maha Esa, walau di mana jua dia berada.
semoga dia mampu menempuh segala cabaran yang mendatang, dan menyumbang khidmatnya kelak, untuk membantu umat kini.
mungkin jasad kita bakal terpisah jauh, tapi dalam hati saya takkan pernah terlupakan sahabat saya itu. yang membawa dimensi baru dalam hidup. yang mengajar saya banyak perkara. yang tak pernah jemu mendengar keluh-kesah saya. berkongsi suka dan duka dengan saya.
May Allah bless you always~

Comments
Post a Comment