bismillahirrahmanirrahim~
#coretan hati 1
Suasana rumah hari ini sunyi. Semua orang ada urusan masing-masing. Cuma dia sendiri, bertemankan dinding batu dan lantai yang sepi.
Jari Jehan kembali bermain di bilah-bilah piano itu. Mengalunkan irama yang dia sendiri tak pasti. Dia tak tahu . Yang pasti, dia cuma ikut gerak hati. Sebab hatinya tengah sakit sekarang. Tak ada siapa yang akan faham. Tak ada siapa yang mengerti.
Sedang asyik layan perasaan sendiri, ada bunyi mesej masuk. Handphone dicapai. Mesej yang baru masuk dibaca. Melihat nama pengirim, bibir terus mengukir segaris senyuman.
'first step to grow up. leave the past. live your future.'
Leave the past? bukan senang nak tinggalkan semua karat yang dah melekat lama kat dalam diri ni. dan kalau dapat cuci pun semua karat tu, tak mudah nak lupa macam tu je.
Live your future? Keadaan sekarang pun masih terumbang-ambing. Macam mana dia nak plan masa depan dia? Jehan menundukkan kepala. First step to grow up? Memang kat sudut hati nak, tapi, separuh lagi hati menghalang untuk dia ambil langkah pertama tu. Sebab dia taknak membesar.
Jehan takut untuk berdepan dengan masalah orang dewasa yang bertimbun tu. Nak fikir tentang banyak benda, tanggungjawab yang perlu dipikul lagi, semua tu buat dia rasa yang dia nak jadi budak kecik sampai bila-bila.
Jari-jemari Jehan mula menyentuh handphone, menaip sesuatu sebagai balasan kepada sang pengirim.
'pray for me, akak. let faith fair us better.'
si pengirim yang menerima balasan mesej daripada Jehan terus tersenyum lebar. Tak ada kejayaan yang dapat diperoleh dengan mudah di dunia ni. Semuanya perlukan pengorbanan dan penat-lelah yang bukan sedikit untuk mengecap manisnya kejayaan itu. Tapi, dia lega kerana sekurang-kurangnya Jehan mahu mencuba, dan bukannya terus putus asa macam tu saja.
'Allah tak akan bebankan hamba-NYA dengan apa yang mereka tak mampu. Everything happen for a reason.'
Jehan mengangguk. Semua yang terjadi pasti ada hikmahnya. Desis hati kecil Jehan.

Comments
Post a Comment