setiap yang berlaku ada hikmah

bismillahirrahmanirrahim~


sepatutnya masuk semula ke 'u' hari selasa yang lepas, 5 NOV. tapi, manusia hanya mampu merancang. dan Allah jua yang menentukan segalanya.

lepas dapat tahu yang ada segelintir terpaksa sambung cuti, dan kena masuk balik bulan satu tahun depan, ramai yang tak puas hati. alasannya dah bosan sangat duduk rumah, tak tahu nak buat apa, nak cepat habiskan kelas arab, nak exit terus lah, taknak jadual pack sangat sem depan lah. hmm..macam-macam.

dan, saya pun termasuklah antara orang-orang yang merungut tu. saya terlupa sekejap, yang setiap yang berlaku tu, pasti ada hikmahnya. kejap atau lambat, pasti akan datang juga. hmm, ayat yang cliche. selalu orang ungkapkan.

tapi, memang itu kebenarannya. yang mungkin kita tahu dan sedar, tapi payah nak terima ia masuk dalam hati kita.

setiap yang berlaku ada hikmah.

sekitar bulan 9, kebanyakan kawan2 yang dapat sambung belajar ke Jordan dah selamat terbang. Tapi, sebaliknya yang berlaku kepada pelajar yang akan ke Mesir. Perjalanan mereka tergendala disebabkan masalah yang berlaku di Mesir.

mereka terpaksa menunggu keputusan selanjutnya dari kerajaan. saat orang lain dah pun bergelut dengan buku, assignment, presentation dan kuliah, mereka masih menanti tarikh penerbangan mereka.

dan akhirnya, pada 21 Oktober dan 4 November yang lalu, saya berjaya menghantar sahabat yang akan terbang ke bumi anbiya' itu. Terbang memenuhi cita-cita dan impian yang mereka semai di sana setelah hampir setahun di rumah selepas tamat SPM.

Penantian mereka akhirnya berbalas. Dan saya nampak wajah bahagia mereka itu, saat nak berlepas di KLIA. dan sekali lagi, sebaris ayat itu menerjah masuk ke dalam ingatan.

setiap yang berlaku ada hikmah.




setiap kali encik ujian datang menduga, raja hati terkadang lemah, adakalanya raja hati pula kuat, nak hadapi encik ujian tu, semuanya bergantung kepada tahap kekuatan jeneral iman yang menentukan raja hati mampu atau tak nak melawan balik encik ujian, supaya akan dapat berjumpa dengan saudara hikmah, setelah melepasi badai encik ujian..

Comments