aku dan Dia








bingkisan hati, dalam mencari erti, kisah hidup ini..


duniaku tak pernah sunyi, sering dikelilingi manusia,
rakan, keluarga, saudara-mara, kenalan baru, mahupun jiran tetangga..

pelbagai kisah hidup pernah aku temui, walaupun tak pernah mengalami,
namun,
secebis iktibar mampu ku semat erat, buat bekalan hati kecil ini.

saat aku mengeluh tentang panasnya mentari di siang hari,
aku terlupa, bahawa ada di luar sana yang tiada tempat berteduh untuk menahan bahang itu.

saat aku masih berkira tentang rasa makanan itu tawar, masin atau pahit,
aku terlupa, ada insan yang tidak mampu mengalas perut selama berhari-hari.

sememangnya, aku hidup di dunia moden ini,
mampu berhubung dengan sesiapa tanpa mengira waktu atau masa,
melangkaui sempadan negara dan benua, namun begitu,
masih ada rasa aneh yang bertapak dalam sanubari ini,
aku merasa sunyi.

sungguh hati ini terasa sepi,
aku mahu berbicara tentang apa yang ku rasa,
aku ingin meluahkan apa yang terpendam,
aku ingin menceritakan tentang segalanya.

kala itu baru kusedar,
aku masih punya Dia, Dia yang setia disisiku selalu,
yang tak pernah menjauh daripadaku,
yang sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih-NYA kepadaku,
yang sentiasa ingin mendengar aku merayu dan merintih kepada Dia,
cuma aku,
manusia biasa yang sering terleka.

aku bercerita tentang segalaya kepada Dia,
aku luahkan segala yang kurasa kepada Dia,
kerana dialah pemilik sebenar hati ini.





aku tak nafikan dorongan dan sokongan dari insan-insan di sekeliling,
yang sudi melimpahkan walau secebis kasih,
yang sudi menumpahkan walau setitis perhatian,
namun,
pada-NYA jua aku sandarkan kekuatan,
pada-NYA jua aku sandarkan harapan,
kerna sesungguhnya,
Dia yang mengetahui segalanya tentangku,
Dia pemilik hatiku..




Comments