bismillahirrahmanirrahim~
Dalam hidup ni, tak selalunya kita akan berada di atas. Tetapi, itu tak bermaksud yang selamanya kita akan melalui fasa kesusahan. Satu hakikat yang perlu kita terima, suka, duka, ketawa dan air mata, itu semua adalah asam garam kehidupan. Mahu atau tidak, kita mesti laluinya.
kita memang takkan pernah lari dari masa-masa sukar. Sedangkan para nabi, kekasih Allah juga turut diuji, malah ujian yang mereka terima lebih hebat daripada kita, cuma hamba biasa.
Malah, ujian mereka itu lebih perit, lebih sukar dan pastinya lebih pedih berbanding kita.
Tapi, selalulah beringat..
bahawa di sebalik hujan itu, pasti akan ada pelangi yang bakal muncul,
setiap kali mendung bertandang, pasti ada mentari yang akan menyinar,
dan bila ada kesukaran, akan menyusul selepas itu kesenangan.
Bisikkan pada sang hati, bahawa dugaan itu mematangkan diri, untuk kita tempuhi cabaran seterusnya yang bakal kita hadapi. Kerana, sebagai hamba Allah, kita takkan pernah boleh lari dari diuji.
Oleh itu, katakkan pada sang jiwa, usah dipinta hidup yang mudah, namun pintalah sekeping hati yang tabah untuk menempuh perjalanan hidup ini.
Kerana jalan ke syurga itu tidak dihampari dengan permajdani indah, sebaliknya penuh dengan duri tajam yang mampu menyebabkan luka yang parah andai kita menganggapnya mudah.

Comments
Post a Comment