jujurlah~walau hati akan terluka

bismillahirrahmanirrahim~


kejujuran. kebenaran. truth.

sepatah perkataan yang ada gabungan huruf berbeza tapi membawa makna yang sama.



dalam apa pun situasi yang kita alami, pasti kita akan pernah merasainya..

betapa tak kuatnya kita, betapa sedikitnya keberanian yang kita ada,

untuk berkata jujur, dan memberitahu tentang kebenaran,

sedangkan kita tahu dah jelas lagi nyata perkara tersebut tu salah,

tapi,,masih lagi dalam hati kita...teragak-agak..menyoal dalam diri..

'patutkah aku buat? perlu ke aku jujur je? macam mana nak cakap ni?'

sebabmya selalu ada kesan yang akan kita fikirkan berlaku kepada kita,,

'kalau orang pulaukan aku? kalau nanti aku hilang kawan-kawan aku?'

dan semua kalau itu terus menghalang kita nak muntahkan kebenaran tu..sebab kita takut, nanti kita akan ditinggalkan sorang2, orang lain akan jauhkan diri dari kita..

hanya sebab kebenaran yang kita ungkapkan tu..

dan juga, untuk mengakui bahawa diri kita adalah salah, pun satu perkara yang bukan mudah nak dibuat, sebab ianya memerlukan jiwa yang kental dan hati teguh untuk itu,

kadang-kadang dalam hidup ni. kita lebih senang pandang kesalahan orang lain berbanding nampak salah diri sendiri..umpama kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak..

tak ada salahnya sesekali kita tunduk, akur dan refleks semula diri, apa salah kita dah buat..dan cuba perbetulkan semua tu..

sebab bila kebenaran tu kita simpan semua dalam hati, akan bertukar jadi satu beban..dan beban tu akan menjadi semakin berat..andainya kita tak luahkan dan terus pikul untuk jangka masa yang lama..

jadi, jangan takut untuk berkata benar dan menegakkan kebenaran, walaupun hakikatnya cuma kita seorang yang ada di pihak itu..

dan jangan gentar untuk jujur bahawa kita yang sebenarnya bersalah, sebab kalau kita tak jujur, mungkin kita akan terlepas dari hukuman, tapi beban rasa bersalah itu tak akan sanggup untuk kita pikul sepanjang hayat,

oleh itu, usah bazirkan kehidupan kita dengan perkara yang mampu membebankan diri sendiri, berbahagialah dan nikmatinya dengan hati lapang dan jiwa besar,

insyaAllah, kebahagiaan hakiki akan dapat diperolehi..

Comments