bismillahirrahmanirrahim~
aku mendongak memandang langit. mendung dah mula berarak. tak lama lagi hujan mesti akan turun.
perlahan, hujung jari dihulur kehadapan. setitis..dua titis jatuh menimpa ke bumi..dan kemudian titik-titik gerimis itu mula berubah kasar. hujan semakin lebat. sampai tak dapat nak dihitung jumlahnya yang jatuh ke bumi.
di sesetengah tempat, hujan yang jatuh menimpa bumi tu akan membawa senyuman di wajah mereka. kerana itu petanda bahawa bumi mereka yang gersang selama ini akan kembali subur. tanaman yang diusahakan selama ni dapat dituai dan hasilnya boleh dijadikan sumber pendapatan.
tapi, dalam masa yang sama, hujan itu juga mendatangkan kekecewaan bagi sesetengah manusia yang lain. sungai mula melimpah, air yang ada dah tak mampu ditakung lagi..dan mula membanjiri rumah-rumah. membuatkan orang ramai terpaksa berpindah, harta benda semuanya musnah..malah lagi teruk, kehilangan nyawa orang tersayang.
terkadang tu, apa yang kita miliki..mungkin akan menjadi satu kelukaan kepada orang lain..
dan apa yang orang lain punya, akan membuat hati kita pula yang rasa sakit.
nak memahami kehidupan ni tak mudah..nak laluinya dengan senang juga lagilah mustahil.
sebab dalam hidup ni, kita akan berjumpa dengan bermacam ragam manusia..dan juga kita akan tempuh macam-macam perkara..
ada pengalaman pahit, ada kenangan manis, ada jatuh bangun kita,
semuanya bercampur menjadi satu.
mungkin kita pernah terdetik dalam hati..untungnya jadi macam orang tu, kaya, ada villa besar, ada kereta mewah berderet..boleh melancong luar negara setiap tahun..
tapi, dalam masa yang sama, orang tu terdetik juga dalam hati, best jadi macam dia, ada adik-beradik ramai, tak rasa sunyi kena tinggal dalam rumah besar sorang-sorang..mak ayah tiap-tiap hari balik lewat malam..
sebab itulah, tak kira siapa pun dia, pangkat apa pun yang kita ada, ada satu perkara yang diajar agar kita takkan pernah menyesal dengan apa yang ada pada kita. syukur.
mempelajari perkataan syukur memang mudah,,tapi untuk menterjemahkannya dalam kehidupan memang sukar. walaupun susah,,selagi tak mencuba,, kita takkan tahu apa hasilnya kelak. bersyukurlah,,maka Allah akan tambahkan lagi nikmatnya kepada kita.
dan nikmat itu bukanlah yang bersifat realistik semata, tapi juga datang dalam bentuk spiritual dan rohani. dan kiranya kita tidak bersukur, maka jadilah kita orang yang tak pernah berpuas hati dengan apapun yang kita miliki.

Comments
Post a Comment