manisnya ukhuwah itu

bismillahirrahmanirrahim~


hidup dalam dunia yang tak kekal ni, kita takkan boleh lari daripada kelompok manusia. mahu atau tidak, kita mesti bercampur dan bergaul dengan orang lain, saling mengenali, saling mengambil berat dan juga saling membantu bila dalam kesusahan.

kita mungkin berbeza, punya fizikal dan jasad yang tidak sama, namun semua itu langsung tak menjadi ukuran sama sekali, untuk kita membina satu hubungan hati.

atau ada sesetengah yang menggelarnya sebagai..


ukhwah.

terkadang kita akan mengalami waktu sukar dalam hidup, satu lumrah yang perlu dihadapi semua orang.
andai kata diri seorang yang bertuah, pasti ada tangan yang akan dihulur, untuk membantu meringankan beban.

dan adakalanya, tangan itu milik insan yang langsung tak punya ikatan atau pertalian darah, ataupun hubungan kekeluargaan. namun masih sudi untuk menemankan kita tatkala suka dan duka. saat jatuh bangun kita.

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
-Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari-


andai diri dibenci, usah dibalas kebencian itu, kerana dendam dan benci cuma akan menyempitkan jiwa dan membuat hati gelisah.

walaupun diri punya banyak kekurangan, memberilah dengan sebanyak-banyaknya dalam apa jua bentuk bantuan, kerana setiap apa yang kita infakkan ke jalan Allah dengan niat yang ikhlas, pasti akan dibalas berkali ganda apa yang kita beri.

hanya orang yang merasai kemanisan ukhwah itu akan dapat menyebarkan kemanisannya kepada orang ramai. kita tak akan mampu buat segalanya sendiri, dan sebab itulah manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain.


akhir kalam...

'kita bukanlah pemula atau pengakhir, tetapi kita adalah penyambung dakwah..'



Comments