bismillahirrahmanirrahim~
PERCAYA.
untuk melalui satu fasa kehidupan yang sukar, mestilah mustahil untuk kita lalui. sebab dalam kita meniti usia waktu, kita akan berdepan dengan pelbagai ragam manusia. pelbagai bentuk kesukaran. dan pelbagai cabaran serta halangan.
ada sesetengah manusia yang terlalu prejudis untuk meletakkan kepercayaan terhadap diri orang lain, sebab mereka sangka yang diri mereka tu lebih hebat, bila dia serahkan sesuatu kerja kepada orang lain, dia rasa hasilnya tak sehebat yang dia lakukan.
ada pula yang terlalu percaya, sampai serahkan semua kerja kepada orang lain, sedangkan sepatutnya itu tugasannya. dan dia sangat kurang percaya pada diri sendiri.
percaya itu bukan benda yang datang bergolek ke arah kita,
dan bukan sesuatu yang jatuh dari langit sekelip mata.
kepercayaan itu ada kalanya perlu dipupuk, merentasi ruang masa, melalui beberapa peristiwa, barulah rasa itu akan hadir.
ada kalanya, orang yang kurang keyakinan dalam diri, terlampau merendah diri, berasa diri sendiri sangat kurang berbanding yang lain,
mereka tu cuma perlukan orang di sekelilingnya untuk salurkan kepercayaan itu dalam diri mereka, barulah akan ada semangat untuk terus bangkit dan menjadi yang terbaik.
percaya bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya.
percaya bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita
percaya bahawa wujudnya hari kiamat kelak
percaya bahawa syurga dan neraka itu ada.
kita tak mampu melihat semua perkara ghaib itu, tapi tetap kita percaya.
kerana rasa percaya kita membina sebuah hubungan..dan kerana percaya juga, kita mampu memutuskan sebuah hubungan.

Comments
Post a Comment