bermulanya di sini - episod 2

bismillahirrahmanirrahim~


di sini..
di sini bermulanya coretan sejarah
di sini kita membina rantaian ukhuwah
di sini kita mengenal erti mahabbah
di sini kita menempuh segala mehnah 
di sini kita melakar memori terindah
di sini tempatnya bumi barakah
di sini kita mendambakan jannah
in sha Allah..di sini..
cc : along @ eom


kata orang, kemanisan daurah itu hanya dapat dirasai bila daurah itu sudah berakhir..
mulanya, tak dapat nak cerna maksud di sebalik kata-kata tu,

tetapi,
bila mana daurah sudah betul habis, 
barulah inche hati dan inche akal dapat proses maksud 
di sebalik kata-kata itu.

bahawasanya,

diri ini akan sangat merindui hingga mungkin tahap hujan kat dalam rumah sendiri,
sebab, teringat kembali, terimbas semula memori,

pertemuan pertama yang janggal, 
langsung tak kenal siapakah dia, dari mana asalnya, kelemahan dia, kelebihan dia,
tetapi masa yang berlalu,
menautkan hati-hati kita dengan ikatan rabitah hanya kerna-NYA.

kita mungkin berbeza usia, berbeza latar belakang keluarga,
kita punya kekurangan dan kelebihan yang tersendiri,


bilik kuliah 9


di bilik kuliah 9 ni..
berjaga lewat malam semata-mata nak siapkan bahan dan modul untuk esok harinya..
tertidur keletihan bila habis program,
sampai macam-macam bunyi keluar..yang mendengar pun tadah telinga je mendengar..\
serius lejen suara background tuh..

menyakat..bergurau..usik-mengusik..
rasa macam tak lengkap hidup sehari kalau tak buat semua tu..

selalu kena marah sebab sepahkan bilik,
even sometimes bukan salah sendiri pun..

dalam bk ni, tempat bermeeting, berbalah,
bertukar-tukar pendapat, cari solusi kepada masalah..

sampai lah ke hari terakhir, aku langsung tak merasakan yang kami semua bakal berpisah,
perasaan masih terasa kosong,
seolah-olah, lepas balik ke rumah ni, aku akan kembali ke sini semula,
bersama-sama meneruskan perjuangan kami.

tapi, akhirnya aku sedar, daurah sudah tamat,
dan selepas ni, kami semua akan bertebaran di tempat masing-masing,
meneruskan perjuangan dan hala tuju hidup sendiri,
dan untuk kami berkumpul sekali lagi,
seperti masa itu,
mungkin adalah amat sukar.

dan mengenangkan semua tu akan berlaku,
aku akhirnya kalah..tewas dengan perasaan sendiri,
cuba menafikan hakikat, sedangkan sebaliknya tidak,
dan empangan yang selama ini aku bina,
akhirnya,
pecah.

orang kata, setiap pertemuan itu, pasti ada perpisahan..
dan lagi, 
antara teringat dan rindu,
aku lebih memilih teringat,
kerana rindu itu, buatkan hati ini terasa pedih..

manusia datang dan pergi dalam hidup,
dan mereka singgah sebentar,
serta pergi meninggalkan kenangan,
dan kenangan itu membuat aku mengerti..

bahawa..
hidup ini adalah satu perjalanan..
yang membawa aku mengenal Tuhan,
kerana destinasi kami adalah sama,
bertemu di syurga-NYA nanti...



1 Januari 2015.





Comments