bismillahirahmanirrahim~
kata orang, hargailah mereka yang berada di sekeliling kamu saat ini, sebab kamu hanya akan merasai betapa berharganya kehadiran mereka bila mana mereka sudah berjauhan dari kamu.
cuti kali ini, langsung tak terasa lamanya, kerana penuh diisi.
pelbagai pengalaman baru yang aku kutip,
pelbagai kawan baru dari latar belakang yang berbeza-beza.
bersama mereka, aku mengenal satu dunia baru,
bersama mereka, aku melatih erti kesabaran dalam diri,
bersama mereka, aku menyulam angan-angan dan impian,
untuk mencorakkan dunia khalifah-khalifah cilik,
kerana masa depan ummah,
terletak di tangan mereka.
tipu jika aku katakan, yang masa sebulan itu dilalui dengan mudah sekali, tanpa wujudnya saat-saat sukar, sebab hakikatnya dalam hidup ini, untuk kita beroleh sebuah kegembiraan itu,
mestilah harus menempuh kesusahan.
kami menangis bersama, ketawa bersama, berjaga malam semata-mata ingin memastikan program bersama adik-adik berjalan dengan lancar.
asalnya, tujuan dan matlamat kami mungkin berbeza, tetapi semakin lama daurah ditempuh, terasa bagaikan hati kami menyatu, terikat dengan satu matlamat yang sama,
berkhidmat untuk umat Rasulullah.
menyumbang kudrat kami yang tidak seberapa ini.
hanya mengharap moga Allah mampu membalasnya.
semoga anak-anak kecil itu mengerti betapa sayangnya kami kepada mereka,
betapa besarnya harapan kami kepada mereka,
betapa kami ingin melihat mereka menjadi khalifah yang memakmurkan bumi ini dengan syariat Islam.

everyone that comes into your life carries different stories,
and they will leave with great memories,
do appreciate them while they're still around you,
and if they have to be apart from you,
always remember them in your heart and
do say their names
in you prayers..
terima kasih daun keladi,
panjang umur kita berjumpa lagi,
kalau tak di dunia ini,
mungkin di syurga nanti..
(A=NAA)
sudah mula merindui kalian T_T
ReplyDelete