Bidadari~3


     Sebulan lebih lepas peristiwa yang memalukan tu berlaku, Ain akhirnya kembali berani nak menjejak kembali ke perpustakaan. Itu pun dalam hati tak habis-habis berdoa supaya tak terserempak dengan lelaki hari tu.

     Kawasan yang agak terpencil dipilih. Headphone kembali disarung di kepala, benda wajib bila dia mula nak study atau siapkan tugasan. Dalam khusyuk Ain menelaah, dia merasa bahawa dirinya dipandang. Gerak hati menyuruh dia berpaling, untuk melihat siapa, tetapi akalnya pantas melarang. Bimbang cuma dia yang perasan sendiri.

     Hampir setengah jam berlalu. Kepala yang sejak tadi tunduk mula diangkat. Lehernya terasa sedikit lenguh. Sekilas, Ain mengangkat kepala lurus ke hadapan. Zapp! Pandangannya bertembung dengan seorang lelaki yang duduk di meja bertentangan dengannya.

     Pandangan lelaki itu seakan-akan mahu menembusi dirinya, membuat Ain berasa agak tidak selesa. Dengan tidak sengaja, pandangan Ain terkalih kepada manusia yang duduk di sebelah lelaki itu. Terus kepala ditunduk, kembali menghadap buku di atas meja.

"Weh, Mir. Tu la budak yang aku cakap hari tu, macam bidadari turun dari kayangan tu."Izat menyiku Amir.

"So?"malas Amir menjawab. Kepala masih tak bergerak dari menulis nota.

"Angkat la muka kau tu, tengok kejap. Yang duduk betul-betul depan kita ni."

Dengan malas, kepala ditala ke hadapan. Hujung bibir menarik senyum segaris.

"Dah tengok. Puas hati?"

"Cantik kan dia?"semangat Izat menyoal.

"Memanglah cantik. Semua ciptaan Tuhan tu cantik."Ingatan Amir melayang terhadap peristiwa sebulan yang lalu.

"Hisy, cakap dengan kau ni, tak pernah menang."Bosan dengan sikap acuh tak acuh Amir, Izat kembali menghadap tugasannya.

Sekilas, Amir menoleh ke hadapan. Bidadari. Hatinya terdetik sendiri.

Comments