as-syifa

Hidup di sekolah asrama, tanpa kawan memang satu perkara yang perit. Dan aku pun bukanlah jenis manusia yang akan memulakan terlebih dahulu salam perkenalan dengan orang lain. 
But then, she came to me, with her warm smile, and she held out her hand, to reach me. 

And now, i'm writing this entry in the middle of night, while listening to one of our favourite songs, 'Sahabat Sejati'.

Ku biar kalam berbicara,
menghurai maksudnya di jiwa,
agar mudah ku mengerti,
segala yang terjadi,
sudah suratan Ilahi.

Ku biarkan pena menulis,
meluahkan hasrat di hati,
moga terubat segala keresahan di jiwa,
tak pernah ku ingini.

zaman internet tak berapa nak maju, wasilah perhubungan yang paling efektif kat sekolah waktu tu adalah melalui surat. betapa bermakna setiap perkataan yang ditulis atas sehelai lembaran kertas tu, buat aku sering terkenang zaman selalu main tulis surat dulu.

time sekolah dulu tak boleh bawa handphone or mp3 dan segala yang berkaitan dengannya, jadi, untuk melepaskan hasrat di hati yang terbuku dan gian nak dengar lagu, malam-malam lepas al-Mulk, stay kat musolla, pasang radio dengan cd2 yang selalu dipasang time hujung minggu.(cd selalunya student wakafkan utk musolla)

tipulah kalau kata tak pernah bergaduh, dalam setiap perhubungan sama ada keluarga, kawan, rakan sekerja, mahupun rakan bisnes, pasti akan ada perbalahan atau perselisihan pendapat antara satu sama lain.

boleh kata, kitorang selalu sangat gaduh sebenarnya, even sekecil-kecil hal pun boleh jadi isu. dan cara paling mudah berdamai, bila duduk kat musolla tengah-tengah malam, luahkan tak puas hati masing-masing, dan esoknya boleh ketwa riang-gembira sama2 macam takde pape yang berlaku last night.

she always use nickname syifa' which means penawar. and i sincerely hoping that she will become the syifa', the healing to all people surrounding her. wherever she live, whatever she do, she'll always become the one that provide healing to others. 

bukan namanya hidup tanpa ujian, bukan namanya lautan tanpa ombak, bukan namanya nikmat pelangi tanpa gerimis yang datang.

8 years and still counting, dear. 

dan aku harap, sampai bila-bila. bukan setakat di dunia, tapi sampai syurga. you are one of the best thing that ever happen in my life, of course tolak family dan sebagainya lah.

but still, all the memories with you will be keep secure in my heart, as long as i live, in sha Allah.

senyum, tarik nafas panjang.

people who read this might think that i'm dedicating this entry to my lover aka boyfriend. but do believe that this entry is written special to my bestfriend, with tha nickname syafsyifa.

tetiba hari ni nak mood throwback misah dulu2. hari-hari silam yang tak mungkin kita dapat kembali semula. kerana masa hadapan masih terbuka luas untuk kita jelajahi.

people come and goes in your life, but memories remain.

dan dengan memori itu, aku meneruskan langkah untuk menghadapi hari-hari mendatang. sambil aku terus abadikan kenangan itu dalam sudut hati yang terindah.

walau sekarang dan jarang sangat jumpa, ingatan untuknya sentiasa dititip dalam doa. After all, He is the one that will granted all our wishes.

akhir kata, manusia yang bermanfaat itu, walau dicampak kemana sahaja akan menjadi berguna untuk insan-insan di sekelilingnya. menjadi seorang syifa' untuk kelukaan yang mereka hadapi.



p/s : maaf grammar berterabur. dah lama tak praktis skill bahasa inggeris as a second languange. and of course, proudly using bahasa melayu as my bahasa ibunda. 

Comments

Post a Comment