cinta itu suatu fitrah dalam setiap diri manusia..tinggal
terpulang kepada kita..
bagaimana untuk menggunakan
fitrah itu dengan sebaik-baiknya..
dan kembali kepada Pencipta
kita..
pemberi kepada rasa cinta itu..
Aqil
Hati terasa
berdebar. Entah kenapa..tiba-tiba terasa satu perasaan aneh menyusup ke dalam
hati bila memandang wajah gadis itu. Pandangan wajahnya penuh misteri, seakan
ada rahsia yang cuba disembunyikan.
Dan yang
membuatkan aku seakan tertarik..penampilannya yang terjaga. Cukup sederhana,
dengan baju labuh melepasi punggung dan longgar, digandingkan bersama seluar
slack hitam dan tudung yang menutupi dada. Berada di tempat yang asing ini, aku
dapat memerhati pelbagai gelagat manusia, terutamanya kaum Hawa.
Dengan
pelbagai gaya tudung yang singkat, baju yang menampakkan susuk tubuh mereka,
saat itulah pandangan mataku teralih kepada dia. Dia punya aura tersendiri,
yang menyebabkan aku begitu ingin mendekati. Tetapi seakan ada satu tembok kukuh
yang menjadi penghalang. Dia bagiku..mawar yang cukup indah, terpagar dengan
duri yang melindungi.
Dia..wanita yang istimewa.
Hurun Ain
Hatiku
mengeluh sendiri. Walaupun dikelilingi dengan pelbagai ragam manusia di sisiku,
aku merasakan satu kesepian. Satu rasa yang terasing. Lantas, satu nombir
didail. Aku benar-benar mengharapkan nasihatnya saat ini.
"Assalamualaikum, kak Sarah.
Akak sibuk ke?"
"Waalaikumussalam
dik.Taklah, tak sibuk pun. Adik okey?"
"Tak. Ain rasa nak balik
sekarang. Ain taknak duduk sini,kak.."
Suaraku separuh merayu.Aku
benar-benar memaksudkan kata-kataku itu.Aku tak mahu berada di sini. Tempat ini
bukan untukku. Aku nak balik sekarang juga.
"Hurun Ain..bidadari bermata
indah..dengar cakap akak. Setiap yang Allah aturkan untuk kita,pasti ada hikmah
di sebalik tu yang kita tak tahu.Lama-lama nanti akak yakin Ain mesti jumpa
hikmah tu.Sekarang ni,yang penting,Ain kena jaga diri Ain,jaga solat,jaga
aurat. Kalau boleh.cari kawan2 yang boleh dekatkan Ain dengan Allah. Boleh
sama-sama saling mengingati."
Aku terdiam mendengar kata-kata
Kak Sarah.Air mata nak mengalir tapi cuba ditahan. Sebak. Sunyi .Kosong .Itu
yang aku rasa sekarang.
"Okey,Ain cuba."
"Haa..macam tulah adik akak.
Jaga diri elok2 ye. Kalau ada apa-apa, call je akak terus.
Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam,
kak."
Telefon yang berada di tangan aku
renung sekali lagi. Pandangan dihala ke siling. Aku mengeluh perlahan. Mampu ke
aku..bertahan di sini?
Aqil
Melakukan
aktiviti sepanjang hari memang meletihkan. Jadual mereka terlalu padat. Waktu
berehat yang ada hanya diperuntukkan untuk makan dan bersolat sahaja. Pukul 11
malam barulah mereka dapat berehat di bilik masing-masing. Itupun ramai yang
masih belum tidur sebab bergayut dengan kekasih masing-masing.
Fikiranku
terbang mengingati peristiwa siang tadi. Hurun Ain. Tanpa suara, bibir menuturkan
sebaris nama itu. Kalau tak silap, Hurun Ain bermaksud bidadari bermata indah.
Memang sesuai dengan pemilik nama itu. Sepasang mata yang sangat misteri
bagiku.
Aku teringin
melihat dia tersenyum. Kerana sepanjang aku melihatnya, payah untukku melihat
dia mengukir senyuman. Kalau nasib untung, aku dapat melihat senyumannya, itupun
apabila dia berada bersama dengan rakan-rakannya.
Melihat
perwatakannya yang dingin, aku menyangka dia seorang yang pendiam, tapi aku
tidak menduga sama sekali lidahnya begitu petah berkata-kata. Apabila mendapat
peluang berucap di khalayak ramai, dia seperti langsung tidak gentar. Sangat
yakin dan berani melontarkan pandangannya. Malah melihat dari gaya
percakapannya, aku merasakan ilmu pengetahuannya tidak boleh dipandang rendah.
Dalam tidak
sedar, aku akhirnya melelapkan mata ketika masih berfikir tentangnya. Hurun
Ain. Nama itu semakin melekat di dalam hati.
Hurun Ain
Ada sesuatu
yang menggamit hati untuk mengetahui tentang dia. Wajahnya tak pernah sepi dari
tersenyum. Aku dan dia bagai langit dan bumi. Sebulan lebih berada di tempat
ini, barulah aku mengetahui dia antara imam yang ditugaskan setiap kali solat
berjemaah.
"Ain, boleh tolong aku
tak?"
"Tolong apa?"
"Call kan nombor Aqil ni.
Kredit aku dah habislah. Aku tau kredit kau banyak lagikan. Ada benda penting
aku nak kena cakap kat dia ni. Esok kitorang punya group kena present. Aku
takut nanti dia lupa bawa bahan penting."
Lambat-lambat aku keluarkan phone
dari poket.
"Dia maxis ke celcom?"
"Maxis."
Jawapan tu buat aku lagi malas
nak tekan keypad. Nombor aku Celcom. Dia punya Maxis. Kos agak tinggi sikit
berbanding dengan Celcom. Tapi bila tengok muka penuh mengharap Laila, aku jadi
tak sampai hati pula.
"Nah, ambillah. Tapi jangan
lama-lama. Mahal tau nak call nombor Maxis ni."
"Hehe..terima kasih
Ain..sayang kau."
"Time nilah baru nak sayang
aku kan? Sebelum ni, tak pernah pula cakap macam tu. Dahlah, cepat pergi call
sana."
Beberapa minit kemudian, Laila menghulurkan kembali telefon aku. Dia tersengih lebar. Melihat sengihan Laila yang lain macam tu, aku macam dapat merasakan ada sesuatu perkara yang tak kena.
"Yang kau ni tiba-tiba
sengih tak tentu hala ni kenapa?"
"Aku dah save no Aqil dalam
tu."
"Save what? No Aqil? Kau
bagitau ni no aku ke Laila?
Sambil tayang wajah tak bersalah, Laila mengangguk.
"Dah dia tanya aku ni no
sape, aku jawab je lah no kau. Takkan aku nak tipu pula."
"Hm, terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya. Benda dah jadi pun, dah tak boleh nak
buat apa dah."
Dan itu adalah permulannya. Perkenalan antara aku dan dia.
Aqil dan Hurun Ain
Hampir
sebulan telah berlalu. Mereka berdua masih berhubung. Saling berbalas pesanan.
Bercerita tentang hal-hal remeh. Berkongsi tentang buku yang diminati,
lagu-lagu yang digemari dan macam-macam lagi. Dalam hati Hurun Ain, mula berasa
selesa dengan kehadiran Aqil. Dunianya sebelum ini jarang sekali berhubungan
dengan lelaki ajnabi.
Tetapi, bila
mengenali Aqil, Hurun Ain mula merasakan ada satu rasa aneh yang menyusup ke
dalam hati. Dia tidak punya ramai kawan lelaki. Mungkin kerana sikapnya yang
selalu serius dan jarang berjenaka Sehingga Aqil sendiri pernah mempersoalkan
adakah sikapnya memang begitu ataupun hanya bila dengan insan bergelar lelaki.
Suaru hari,
Aqil sedang bersantai di rumah sambil melayari internet. Tanpa sengaja, dia terlihat
suatu post mengenai wanita solehah itu diibaratkan seperti epal yang berada di
puncak, hanya mampu dipetik oleh orang yang benar-benar layak. Spontan, ingatannya
terus terarah kepada Ain.
Sejak
kebelakangan ini, dia sering berhubung dengan Ain. Sedikit sebanyak, dia juga
mengetahui yang Ain memang jarang berhubungan dengan lelaki.Hati kecilnya mula
berbisik sendiri..Ain seorang wanita yang cukup istimewa, layakkah aku
dengannya?
+ setiap orang ada kekurangan dan
kelebihan masing-masing. Kita tak boleh tentukan kita ni layak atau tak dengan
seseorang tu.
- tapi aku pernah couple sebelum ni. Lama pula tu. Dan aku pasti Ain tak pernah couple sebelum ni.
+ Tapi kau dah menyesal dan kau pernah janji takkan ada cinta sebelum pernikahan.
- aku tak layak untuk orang sebaik Ain. Dia patut mendapat seorang lelaki yang jauh lebih hebat dari aku.
+ kau pun sedang berusaha nak jadi lebih baik kan? Allah tak pandang hasil, tapi usaha kita tu lebih dinilai.
- Ain perempuan yang baik dan hebat. Aku nak dia jaga hati dia untuk suami dia nanti. Dan pastinya orang itu bukan aku. Titik.
Setelah berfikir sedalam-dalamnya, akhirnya Aqil nekad untuk mengambil keputusan. Yang pasti, sayangnya bukan sekadar omong kosong, dia mahu orang yang dia sayang turut bersama dengannya melangkah ke syurga dan bukan terlontar ke neraka.
Telefon
bimbitnya dicapai. Jarinya laju menekan keypad, menaip pesanan ringkas untuk
dihantar kepada Ain.
Aqil : Saya sebenarnya nak
bagitau awak sesuatu. Asalnya, saya tak sanggup nak cakap, tapi lepas fikir
masak-masak, saya kena juga cakap benda ni.
Ain : Hal apa?
Aqil : Sebagai seorang sahabat yg
sayangkan sahabatnya kerana Allah, saya rasa lebih baik awk jadi macam awk yang
dulu. Yang tak contact dengan lelaki. Awak seorang perempuan yang baik dan
hebat. Lebih baik awak jaga hati untuk suami awk nanti. Saya rasa bersalah
sebab libatkan orang yg baik macam awak dalam perkara ni.Saya minta maaf, Ain.
Beberapa minit berlalu, tiada balasan yang diterima daripada Ain. Aqil menghempaskan keluhan berat. Pasti Ain berasa tersinggung dengannya. Tetapi, dia hanya mahu menjaga Ain. Umpama permata indah yang tersimpan kemas di dalam kotak emas, hanya yang layak mampu memilikinya, dia mahukan Ain menjadi seperti permata itu, tersimpan kemas dan dipagari dengan benteng iman.
Hurun Ain
Aku masih
mencari-cari apakah hikmah disebalik semua ini. Setelah lama aku berfikir, aku
mula menyedari, Yang Maha Kuasa itu masih menyanyangi aku, kerana itu dia
menghantar tegurannya melalui Aqil. Perkenalanku dengan Aqil telah membuka mata
aku, bahawa masih ada lagi lelaki yang memelihara dan mengangkat tinggi maruah
seorang wanita.
Bahkan dia
meminta aku menjaga hati ini untuk yang selayaknya, kerana antara kami tiada
ikatan yang halal, oleh itu dia tidak mahu kami sama-sama terlontar ke dalam
api neraka. Aku menghela nafas panjang. Pandangan kulontarkan jauh ke hadapan,
merenung laut yang luas terbentang.
Angin bayu
yang menghembus lembut terasa menyamankan. Dalam kesepian, aku menghitung
khilaf semalam. Takdir membawa aku bertemu dengannya. Kami saling berhubungan.
Walaupun hanya seketika, tapi dia bagiku menyenangkan. Takdir juga memisahkan
kami atas alasan ingin memelihara maruah diriku sebagai muslimah, permata
antara kaca.
Dan sekarang,
jika tiada sebab yang kukuh, kami tidak akan berhubungan. Perasaan yang ada
dalam hati ini, aku simpan kemas di sudut hati. Seandainya benar dia tercipta
untukku, aku yakin, bila tiba saatnya nanti, Allah akan mendekatkan hati
kami berdua. Tetapi jika tidak, siapalah aku ingin menolak ketentuan Tuhan.
Hanya Dia yang mengetahui apakah yang bakal terjadi. Kerana kita, insan yang
kerdil, berada dalam genggamanNYA.
Khilaf semalam masih kurasa
kesannya
Langkah kuatur berhati-hati
Kerna aku tak mahu mengulang
kesilapan lagi
Angin bayu yang bertiup
menghantar kedamaian di sukmaku ini
Andai angin mampu bertiup
kepadanya
Sampaikanlah ucapan terima
kasihku ini
Kerana dia menyedarkan aku
Betapa istimewanya diriku sebagai
perhiasan dunia
Yang perlu dijaga rapi
Agar keindahanku tidak diratah
sewenang-wenangnya
Oleh tangan-tangan durjana itu
Perjalananku mencari erti diri
Tidak terhenti setakat disini
Selagi nafas masih menunjang
nyawa
Selagi itulah aku masih seorang
hamba
Yang harus akur dan tunduk dengan
keagungan Sang Pencipta
Comments
Post a Comment