kisah antara kita~2


Beberapa tahun kemudian….


     Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, mata Aqil terus terarah kepada susuk tubuh yang sedang santai duduk dia atas sofa di ruang tamu. Tanpa sedar, Aqil mengeluh. Dah tak tahu dengan cara apa lagi untuk diberitahu kepada Husna agar berhenti mengganggu hidupnya.
     Sebaik sahaja melihat kelibat Aqil, Husna terus tersenyum lebar. Dia pantas bangun dan bergegas melangkah ke arah Aqil tetapi langkahnya terhenti lebih kurang semeter daripada Aqil.
“Berapa kali kena saya cakap kat awak, saya tak suka awak datang ke sini? Ke awak ni memang tak faham Bahasa Melayu?” tegas Aqil.
Dia mengharapkan Husna akan terasa dengan kata-katanya itu dan segera beredar dari rumahnya, tetapi sebaliknya yang berlaku.
“Tapi saya bukannya nak datang jumpa awak, Aqil. Saya cuma nak hantar kuih karipap untuk mak awak. Kebetulan mak saya ada buat lebih. Tu yang saya singgah kejap ni. Alah, bukan jauh pun, sebelah je kan?” Husna tersenyum lebar.
     Aqil terus melangkah menuju ke tingkat atas terus ke biliknya. Malas mahu melayan kerenah Husna. Hari ni kuih karipap, semalam cucur udang. Minggu lepas bubur jagung. Lepas ni, entah apa lagi alasan Husna. Bukan dia tak tahu Husna sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya. Ibu pun dah kerap kali memberitahunya tentang Husna. Tapi, ibu tak pernah memaksa. Soal hati dan perasaan anak-anak, ibu tak akan sesekali masuk campur.
     Tapi, sampai bila dia akan terus diganggu oleh Husna. Dia punya alasan kenapa dia masih menyendiri. Dan, tanpa dipaksa, ingatannya terus terbang mengingati dia. Bidadari bermata indah.

*********************

      Hurun Ain menghirup udara pagi yang terasa segar. Dia menyusuri kaki lima di sepanjang bangunan hospital untuk menuju ke taman. Sepanjang perjalanan, bibirnya tak lekang dengan senyuman. Malahan, dia juga turut menyapa jururawat-jururawat yang berselisih dengannya.
     Sedang asyik melayan perasaan dia atas bangku sendiri, pandangannya tiba-tiba terasa gelap. Ada sepasang tangan yang menutup matanya.
“Cuba teka siapa?”suara garau seorang lelaki kedengaran dari belakang Ain.
Ain menarik sengih. Tak payah tanya, dia dah tahu siapa orangnya.
“Macam budak-budaklah long, main macam ni. Ibu dengan ayah tak datang ke hari ni?”soal Ain sambil menarik tangan Hafizan agar duduk sisinya.
“Ibu dengan ayah datang petang. Ayah ada hal sikit pagi ni.”
“Habis, along tak kerja ke hari ni?”Hafizan menggeleng.
“Along cuti hari ni. Temankan kak Syifa buat medical check-up.”
     Ain menjatuhkan kepalanya sekali, tanda mengerti. Kak Syifa, kakak iparnya yang sulung, sedang mengandung sekarang. Nak masuk lima bulan. Ain tersenyum. Mula membayangkan memegang baby comel along dengan kak syifa. Lebih kurang empat bulan je lagi.
“Along..”panggil Ain.
     Hafizan memandang ke arah satu-satunya adik perempuannya itu. Memberi isyarat supaya Ain meneruskan bicara.
“Boleh ke Ain sambut baby along nanti sama-sama? Masa Ain dah tak lama dah.”rendah Ain menuturkan. Rasa sebak yang tiba-tiba datang cuba disembunyikan.
     Hafizan mengusap kepala Ain yang sedang tunduk ke bawah. Takdir sedang menduga mereka sekeluarga bila mereka mendapat tahu Ain disahkan mengalami kerosakan hati akibat kemalangan hampir setahun yang lalu. Dia tahu Ain tak betah untuk tinggal di hospital lama, tetapi penjagaan di hospital lebih rapi berbanding di rumah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari penderma hati yang sesuai untuk Ain, tetapi masih belum berjaya.
“Allah tahu Ain mampu, sebab tu Dia uji Ain macam ni. Along yakin, kita akan dapat juga penderma yang sesuai untuk Ain.”pujuk Hafizan.
     Ain hanya menunduk. Jiwanya terasa galau ketika ini. Entahlah. Perkataan redha tu dah lama dia sematkan dalam diri, tapi, dia cuma manusia. Imannya turun naik. Adakalanya, dia juga terfikir untuk mempersoalkan takdir, kenapa mesti dia? Bukannya orang lain.
     Tapi, benar kata orang, masa-masa sukar dalam hidup kita takkan pernah berakhir, hanya yang tabah mampu menghadapinya.

****************
     Dr Khalisah menatap dalam wajah manis yang sedang tersenyum dihadapannya. Sejak dia mula mengenal Ain, jarang sekali wajah ini pudar dengan senyuman.
“Jaga diri elok-elok kat rumah, kalau ada apa-apa masalah, terus datang jumpa saya.”pesannya.
“Saya tahu. Doktor pun dah ulang banyak kali lah. Jangan risau. Allah akan sentiasa jaga saya, doktor.”
     Dr Khalisah tersenyum. Entahlah, dia seakan menganggap Ain bukan sekadar seorang pesakit, tetapi lebih kepada adiknya. Mengenali Ain membuat dia terasa dunianya yang hanya sibuk dengan kerja selama ini seakan bersinar kembali. Ain yang ceria, Ain yang tak pernah mengeluh tentang sakitnya, Ain yang ramah dengan sesiapapun, dan Ain yang meletakkan setinggi-tinggi tawakkalnya kepada Yang Maha Esa.
“Akak, dah siap ke? Kalau dah, jom balik.”suara seorang lelaki menyapa dari arah belakang Ain. Membuatkan tubuhnya serta-merta menjadi kaku.
     Dr Khalisah tersenyum melihat kelibat Aqil yang sedang berdiri di belakang Ain. Hari ini, suaminya menghantarnya ke hospital. Tetapi, dia mempunya hal yang penting yang perlu diuruskan. Sebab itu, Dr Khalisah meminta tolong Aqil untuk datang menjemputnya di hospital.
“Dah siap dah. Tunggu Angah datang je. Sebelum tu, akak nak kenalkan Angah dengan seseorang.”
Permintaan Dr Khalisah itu semakin membuat Ain bertambah resah.
“Er..saya rasa saya dah kena gerak nak balik. Abang saya dah tunggu tu.”Ain melontarkan pandangannya ke satu arah. Walaupun dah bertahun tak bersua muka dan mendengar bicara, hatinya kuat mengatakan lelaki yang berada di belakangnya ini adalah orang itu.
     Dr Khalisah menarik Ain berpusing dan berdiri di sebelahnya, serentak menyebabkan Ain berhadapan dengan Aqil.
“Kenalkan, ni Ain. Ain, ni Aqil, satu-satunya adik lelaki saya.”wajah Aqil terus berubah.
     Hurun Ain. Hatinya menyebut sebaris nama itu. Tak sangka, akhirnya mereka dipertemukan jua. Sementara Ain, hanya menayang riak wajah selamba.
“Hai..”sapa Ain. Dia hanya mengukir segaris senyuman.
     Kemudian, Ain terus berkalih ke arah Dr Khalisah.
“Saya minta diri dulu. Terima kasih ye doktor.”tanpa menunggu balasan daripada mereka berdua, Ain terus membuka langkah. Tetapi, sebelum itu, dia sempat berbisik kepada Dr Khalisah.
“Tolong jangan beritahu apa-apa tentang saya kat adik doktor. Saya minta tolong sangat.”Dr Khalisah mengangguk. Hairan mendengar permintaan Ain. Kalau Ain tak meminta pun, dia tak akan sewenangnya memberitahu profil pesakitnya kepada orang luar.
“Siapa tu, akak?”Aqil terus menyoal sebaik sahaja Ain menjauh.
“La, kan dah bagitau nama dia tadi. Ain.”
“Angah tau lah, tapi, apa kaitan akak dengan dia?”Aqil sedikit mendesak. Dia benar-benar ingin tahu bagaimana Dr Khalisah boleh mengenali Ain.
“Bakal adik ipar akak.”kata-kata itu membuatkan Aqil tergamam.

Sementara  itu, senyuman Dr Khalisah semakin melebar melihat riak terkejut Aqil.

Comments