suatu hari nanti

bismillahirrahmanirrahim~


tahun demi tahun berlalu
bermula dengan setapak demi setapak
aku melangkah, mendaki ke puncak gunung impianku
dengan harapan di penghujung jalan nanti
akan dapat kulihat indahnya sinaran mentari
yang memnacar dari sebalik dingin malam sepi yang mula melarikan diri
silih berganti dengan hadirnya mentari yang menyinari bumi.

dan dalam perjalanan itu, aku mengerti
bahawa tidak semua yang aku mahukan akan terjadi
tidak semua yang aku rancangkan akan terlaksana
kerana batasan kemampuan aku sebagai manusia..
sudah pasti..
sukar unruk menandingi perancangan Dia..

namun masih aku tidak mahu berganjak
mengibar bendera putih tanda ingin mengalah
dan setiap cabaran serta halangan
terus aku rempuh
terus aku lalui
walau terkadang langkah tersadung
walau sesekali duri menusuk.

kerna aku yakin dan percaya
di sebalik sesuatu, ada sesuatu.
yakin dan usaha.
hingga hikmah itu akan terlihat
suatu hari nanti.

Comments

Post a Comment