kisah antara kita~3


"Akak..cepatlah cakap, jangan nak main rahsia dari Angah lagi." Dr Khalisah tersenyum nipis melihat gelagat Aqil yang tidak senang duduk.

"Cakap tentang apa?"sambil melangkah semula ke ruang tamu, Dr Khalisah berpura-pura tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Aqil.

"Macam mana akak boleh kenal dengan Ain tu? Dia patient akak ke? Kenapa dia boleh jumpa akak kat hospital?"bertalu-talu Aqil melontarkan persoalan.

"Dia ke orangnya?"tanpa mempedulikan soalan daripada Aqil, Dr Khalisah pula yang mengajukan soalan.

"Orang apa pula ni?"

"Orang yang buat Angah tak kahwin sampai sekarang."

Tepat. Padu. Terus menusuk ke hati kenyataan daripada Dr Khalisah itu.

"Mana ada. Apa yang akak mengarut ni. Sudahlah, kalau tak nak jawab soalan Angah, tak apa. Angah akan cari sendiri jawapan tu."

Aqil terus berpaling, ingin pergi dari situ. Bosan dengan sikap kakaknya yang berdolak-dalih dan tidak mahu menjawab pertanyaannya. Lagi pula, dia lebih risaukan dengan pernyataan yang keluar secara tiba-tiba dari mulut kakaknya. Hatinya seperti ingin mengiakan, tetapi akalnya keras melarang.

"Dia sakit sekarang, Ngah. Sebelum terlambat, dia perlukan seorang penderma hati."

Dan Aqil merasakan yang hatinya seperti ditusuk duri yang sangat tajam. Pedih. Sakit. Yang tak mampu dia gambarkan dengan kata-kata.








Comments