H.U.R.T.

bismillahirrahmanirrahim~

there's too much things going on lately sampai aku sering tertanya, dan akhirnya aku terpaksa akui, yang hidup ni kalau tanpa cabaran, akan jadi sesuatu yang sangat biasa. bila mana muncul satu dugaan, dan kemudian ujian lain pula menimpa, itulah sebenanrnya yang menjadikan hidup ini luar biasa, punya warna-warninya.


Bunyi mesej masuk dari telefon mengalih perhatian Maya seketika. Dahinya berkerut membaca mesej yang tertera. 

'sorry gaiss, aku perlukan masa untuk bersendiri. mohon left group.'

mesej daripada Farah itu dibaca berulang-kali. Wajah diangkat, menghalakan pandangan ke arah Mira yang sedang duduk berhadapan dengannya.

"Farah ada masalah apa pula kali ni?"

Mira cuma mampu menggelengkan kepala sambil keluhan dilepaskan. 

"Dia kata tak nak join kita keluar hujung minggu ni." Maya membulatkan mata mendengar kenyataan dari Mira itu.

"Serius? Dah banyak kot kita plan, takkan nak batalkan pula?"

"Entahlah Maya, bila aku tanya okay ke tak, dia jawab tak ada apa-apa. Masalahnya kita tahu dia tengah ada masalah, tapi dia tak nak bagitahu." balas Mira.

Maya hanya mampu terdiam. Tak tahu apa lagi yang perlu diperkatakan. Bukan sekali Farah berperangai sebegini. Ini dah kali kedua. Walaupun begitu, mereka masih tak berjaya untuk memujuk Farah bercerita apakah punca masalah yang sebenarnya.

Kata Farah, dia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Dia hanya mahu membawa haluan sendiri dan dia perlukan masa untuk bersendiri. 

"Dia tak nak buka diri dia kepada kita. Dah banyak kali aku cakap, kalau ada problem, bagitahu, jangan simpan sendiri. Tapi dari dulu, macam tu la, she push others from entering her own world."

Maya terdiam. Minda mula mencerna setiap bait perkataan yang keluar dari mulut Mira.

"Dia buat macam tu untuk legakan hati dia, tapi pernah tak dia rasa apa yang kita rasa? Seolah-olah macam selama ni kita langsung tak bermakna untuk dia, tak ada peranan bila dia ada masalah."

Dan malam itu, bukan satu hati sahaja yang terluka, malahan dua hati lagi juga turut terluka. 

 

Comments