que sera sera

masa nak jawab exam diberi 2 jam, setengah jam lagi nak habis, dah siap jawab soalan, tapi malas nak keluar awal, maka tangan pun gatal mencari kertas kosong untuk dicoret luahan hati.


di balik tabir itu
ada sendu yang bermukim
di balik pandangan sayu yang dilempar.

lantas,
kuhulurkan tangan, mahu jari-jemari
saling bertaut erat
saling berganding seiringan
menyusuri denai yang kelam.

sebelum waktu terhenti
menyentak pergi lamunan itu.

saat itu,
aku kembali mendatangi realiti
bahawa antara kami
tiada ikatan yang bakal termeterai
tiada sumpah setia yang akan dilafazkan
tiada janji yang bakal mengikat.

dan angin yang singgah bertamu
pergi membawa sekali
cebisan memori yang masih tertinggal
dalam lipatan hati ini.


untuk bertemu seseorang yang dapat terima segala kekurangan diri ini, bukan sahaja kelebihan, tak mudah. ibaratnya mencari permata dalam butiran kaca.

dan sepanjang pencarian itu, tak mustahil juga yang kita akan bertemu dengan orang lain, yang datang sebagai satu pengajaran untuk diri, sebelum bertemu dengan orang yang tepat.

after all, life is an open secret. we'll never know what will happen in the future, because the future's not ours to see.

que sera, sera, whatever will be, will be.

Comments