bismillahirrahmanirrahim~
Disember 2014,
Aku mula mengenal daurah di masjid kubah biru itu, mula berpeluang merasai manisnya nikmat cinta kubah biru itu. Dan silih berganti setiap daurah yang diadakan ketika cuti sekolah sepanjang 2015, ketiga-tiganya aku tidak berpeluang untuk menyertai, menjadi sebahagian daripada insan-insan terpilih itu.
Hari ini, bermula cuti sekolah untuk bulan Mac selama seminggu. Secara tidak langsung, bermulalah daurah selama 4 hari di masjid kubah biru. Dan buat kesekian kalinya, cuti sem tak kena dengan cuti sekolah, dan aku tidak berkesempatan menjadi sebahagian daripada mereka.
Hati memang terasa terkilan, sedih. Tapi cuba untuk memujuk hati, bahawa manusia merancang, Allah merancang, dan sesungguhnya perancangan Dia itu lah yang terbaik.
Bahawa pasti ada hikmahnya mengapa aku tidak berpeluang untuk kesana.
Bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada sebab yang kita tidak tahu.
Bahawa Dia sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri ini.
Walaupun tak dapat bersama-sama menabur khidmat, hari ahad sebelum bermula daurah dah berkampung kat BK 10. Walau tak dapat turut menjadi fesi, dapat membantu mereka pun dah cukup berpuasa hati. Sampai tak menyempat nak spend masa lagi, dah kena seru balik ke rumah.
Bermulanya di sini, ada hati yang terikat, ada cinta yang membenih, ada ukhuwah yang terjalin, ada kasih yang bermukim, ada rindu yang bertaut.
Hanya yang faham akan faham, bahawa daurah yang sebenar itu bermula selepas tamatnya daurah. Bahawa mereka yang datang ke masjid kubah biru itu, yang disebaliknya penuh hikmah yang tersembunyi, hanya mereka yang akan mengerti. Akan nikmatnya di rumah Allah itu.
#cintakubahbiru

Comments
Post a Comment