kisah antara kita~4

Aqil duduk sendirian, memerhati matahari yang semakin naik, muncul menyinar di waktu pagi. Ayat Dr Khalisah masih bergema di suudt hatinya.

'Hurun Ain sekarang sedang sakit. Hatinya mengalami kerosakan akibat kemalangan. Dan, dia perlukan penderma hati yang sesuai untuknya dengan segera.'

Dalam tak sedar, satu keluhan dilepaskan. Dia sering berdoa agar takdir akan menemukan mereka sekali lagi, dan ternyata doanya dimakbulkan. Setelah sekian lama, mereka akhirnya bertemu kembali. Tetapi, khabar mengenai Hurun Ain itu seakan mencarik kembali luka di hatinya.

Ternyata, kisah antara mereka masih lagi belum berakhir. Dan Aqil perlukan penyelesaian segera, untuk dia lakukan sesuatu sehingga titik noktah untuk kisah mereka dapat ditemui.

**************

Ain melipat telekung yang baru sahaja digunakan. Diletak dengan kemas di atas katil. Kemudian, dia ingin melangkah menuju ke bilik air. Selepas selangkah, dunianya terasa berpusing. Tangan pantas memaut kepala katil untuk menyokong tubuhnya daripada jatuh.

Nafas ditarik panjang. Cuba untuk meneruskan langkah Baru sahaja kakinya diangkat, pandangannya terus menjadi gelap. Ain rebah.

***************

Dr Khalisah menutup pintu bilik yang menempatkan Ain. Wajahnya dihalakan ke arah ahli keluarga Ain yang sedang menanti di luar. Mereka kelihatan sungguh bimbang.

"Keadaan pesakit sekarang semakin teruk. Pembedahan perlu dilakukan dengan segera. Kalau tak, sesuatu yang lebih teruk mungkin akan terjadi."

Raut wajah mereka yang mendung kelihatan bertambah gelap. Langsung tiada cahaya yang terbias dari pandangan. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan. Tetapi bukan mudah untuk mencari seorang penderma yang sesuai dengan Ain.

Pintu bilik ditolak. Dr Khalisah menoleh ke sisi, memandang tubuh adiknya yang sedang tegak berdiri di luar bilik Ain.Perlahan, tangan dihulur, menyentuh bahu Aqil, dan mengusap perlahan. Aqil hanya tunduk, memandang lantai. Senyuman yang terukir di hujung bibir terasa kelat.

"Selama ni, Angah ingat Angah dah mampu untuk teruskan hidup tanpa ada ingatan tentang dia. Tapi, rupanya Angah salah. Perasaan manusia ni bukan sesuatu yang kita boleh tentukan sesuka hati kita. Bila takdir temukan Angah dengan dia, kenapa secepat tu jugak takdir nak memisahkan kami sekali lagi?"luah Aqil perlahan.

"Apalah kuasa yang kita ada untuk mempersoalkan takdir yang dah ditentukan? Pandang sesuatu tu dengan penuh yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik semua ni. Selagi belum berakhir, jangan pernah berhenti berharap dan berusaha."

Ada orang yang koma bertahun-tahun, boleh bangun semula dan jalani hidup macam biasa. Ada yang bertahun-tahun hidup dengan sihat, suatu hari terlibat dalam kemalangan, menjadi lumpuh seumur hidup. Ada yang buta sejak lahir, tapi sangat celik pendengarannya.

 Dan setiap keajaiban yang berlaku, walau cuma sekecil mana sekalipun, adalah suatu tanda bahawa setiap yang Allah aturkan itu pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Cuma kuasa manusia yang terbatas, tak mampu melangkau pandangan yang lebih jauh.




Comments

  1. alaa aqil dermalah hati kat hurun ain,haha..power ah amal, nice2

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment