a moment to remember

bismillahirrahmanirrahim~

cuti sem kali ni, merupakan antara moment yang ingin aku kenang dan simpan dalam ingatan selamanya. kerana aku kembali mengenang zaman dahulu, sewaktu tidak perlu memikirkan banyak perkara, hanya tahu dunia kawan, sekolah, serta UPSR dan PSRA. 

semalam ada seorang murid yang bertanya tentang sekolah berasrama mana yang terbaik untuk dia pilih ketika nak memasuki form one tahun hadapan. Yang aku perhatikan, dia memang antara pelajar yang bijak di kalangan rakan-rakannya, baik di sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Antara sekolah yang dia dah target, TKC dan Seri Puteri. Yang pastinya, dia memang nak masuk ke sekolah berasrama perempuan sahaja.

Dalam hati, terasa kagum sebenarnya dengan impian serta cita-citanya. Sebab dulu, waktu aku darjah enam, tak pernah terlintas pun nak ambil tahu tentang mana-mana SBP yang ada. Yang aku tahu, aku tak mahu bersekolah di sekolah menengah harian yang ada berdekatan dengan rumah. Dan takdir menetapkan bahawa aku berjaya memasuki sekolah berasrama penuh ketika form one. 

dan dia bukan sahaja sudah berkira-kira tentang sekolah mana yang dia nak pergi, tetapi, soalan yang sering dia ajukan kepada aku, macam mana kalau dia tak dapat masuk ke sekolah yang dia sangat inginkan? apa yang dia perlu buat? perlu ke dia lupakan terus impiannya nak ke sekolah berasrama?

dan setiap kali soalan yang sama itu dia ajukan kepada aku, berulang kali juga aku menjawab, bahawa dia mesti yakin dengan diri sendiri, dan sekiranya tak berjaya untuk first intake, boleh buat rayuan untuk ambilan yang kedua nanti. tapi, dia sendiri mengakui bahawa sejak kebelakangan ni, keyakinannya seperti menurun, sedangkan tak sampai sebulan saja lagi nak UPSR dan PSRA.

Dan apa yang termampu aku beritahu dia, bila mana dia dah ada terget yang nak dicapai, berusaha ke arah itu, bukan sahaja dari segi duniawi, tetapi juga ukhrawi, banyakkan meminta dan berdoa kepada-NYA, kerana Dia la tempat meminta yang selayaknya. Jangan sekali-kali berfikir yang hanya dengan usaha kita sendiri sahaja, kita mampu nak capai impian tu, tetapi banyak lagi faktor lain yang menyumbang, doa daripada ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, kebaikan2 yang kita lakukan, dan juga sikap kita. 

dan kalau apa yang kita betul-betul mahukan, kita tak dapat, anggap saja bukan rezeki kita, mungkin tempat tu bukan yang terbaik untuk kita, dan mungkin sahaja belum masanya lagi untuk Allah memakbulkan doa-doa kita, sebab nak menunggu untukyang lebih besar lagi pada masa akan datang,

lakukan yang terbaik untuk setiapa apa yang kita lalui. berhasil atau tidak, berjaya atau gagal, kita serahkan kepada Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Comments