kisah antara kita~5 (end)



"Angah dah fikir masak-masak, Angah nak bernikah dengan Ain." Aqil menyuarakan pendapatnya kepada Dr Khalisah.

Dr Khalisah kelihatan tenang walaupun berita yang dikhabarkan Aqil seperti mengejut. Dia sudah dapat menduga, sejak kali pertama Aqil bertemu dengan Hurun Ain, hatinya merasakan bahawa mereka punya kisah tersendiri, kisah antara mereka yang masih belum bernoktah.

Dahulu, Aqil menyangka bahawa perpisahan mereka sudah cukup untuk menamatkan sebuah kisah. Namun, dia tidak menduga, bahawa besarnya kuasa Tuhan itu merancang segalanya mengatasi perancangan manusia. Dan takdir sekali lagi mempertemukan mereka berdua. Kali ini, Aqil tekad, walau apa pun yang terjadi, kisah itu bakal dia noktahkan.

********************

"Saya tak nak awak korbankan masa depan awak demi saya Aqil. Awak berhak mendapat seseorang yang lebih baik daripada saya."Ain menunduk memandang hujung baju, tak sanggup hendak bertentang mata dengan Aqil.

Separuh hatinya ingin menjerit kesukaan bila hasrat hati Aqil ingin mengahwininya disampaikan kepadanya pagi tadi. Tetapi, Ain cepat tersedar, Aqil punya peluang untuk bahagia, sedangkan dia tidak mampu untuk memberi kebahagiaan itu. Masanya yang ada terlalu suntuk. Kesukaran untuk mendapatkan penderma hati yang sesuai juga membuat Ain semakin kurang menaruh harapan.

"Awak nak tahu tak, selagi mana kita masih bernafas di muka bumi ni, selagi mana Allah masih meminjamkan jasad ini kepada kita, kita sebagai manusia, mesti sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa daripada rahmat Allah." nafas terhenti seketika. Sekilas, Aqil menoleh ke arah Ain, ingin melihat reaksi daripada Ain.

"Dulu, kita berpisah sebab saya rasa pertemuan kita tak berlaku pada waktu yang tepat. Kita sangat muda waktu tu, dan saya pun masih belum bersedia untuk bagi komitmen untuk perhubungan yang lebih serius. Saya hanya mampu berdoa, kalau Allah masih izinkan kita untuk bersama, Dia akan pertemukan kita kembali satu hari nanti."

"Dan doa saya dimakbulkan Ain. Walaupun mungkin terlambat bagi awak, bagi saya satu lagi peluang. Kalau tak saya akan menyesal seumur hidup saya. Izinkan saya jadikan awak yang halal untuk saya?" Aqil memejam matanya seketika, lega kerana dapat meluahkan hasrat hatinya yang terpendam selama ini.

Dia seakan sudah pasrah, walau apa pun keputusan Ain, Aqil cuba untuk menerima dengan hati yang terbuka. Mungkin itu bermakna, kisah antara mereka perlu ditamatkan sampai di sini sahaja.

"Aqil, saya..." Ain mengangkat wajahnya, melihat ke arah Aqil.

Belum sempat ayatnya dihabiskan, tubuhnya terasa semakin lemah, dan Ain terus rebah. Tidak sedarkan diri.

***********************

Allah datangkan ujian untuk manusia dalam pelbagai bentuk. Dan untuk menjadi apa yang kita inginkan setelah melalui fasa ujian itu adalah terpulang kepada pilihan manusia itu sendiri. Dan dalam setiap ujian yang dilalui itu, kekuatan yang hadir bila mana kita tidak berputus asa dan harapan, adalah ibarat mutiara yang perlu digenggam erat dan kukuh, sehingga ke akhir hayat manusia.

Aqil merenung pemandangan indah yang berada di hadapan matanya saat ini. Dalam setiap doa yang dituturkan setiap waktu, dia tak pernah berputus asa untuk terus meminta, agar pemandangan ini takkan pernah luput dari matanya.

Tangannya naik menyentuh dahi kesayangannya ini, sambil matanya terpejam, menikmati setiap saat yang diluangkan bersama si dia. Pergerakan kecil dari si dia membuat Aqil sedikit tersentak, menariknya keluar dari lamunan yang semakin jauh, mengenang kisah dahulu.

"Awak dah bangun? Kenapa tak kejutkan Ain?"sambil menggosok mata yang terasa sedikit pedih, Hurun Ain bangkit lalu menyandarkan belakang badan di kepala katil.

Aqil menarik senyum mendengar kata-kata isterinya itu.

"Saja nak tengok Ain tidur, ni Ain dah bangun, jomlah ambil wudhu'. Kita tahajjud sama-sama." Aqil bangun, sambil menarik tangan Ain.

"Jom."

**************************

"Buat apa tu?"suara yang muncul tiba-tiba di sisi menyentak lamunan Ain.

"Tengah menikmati keindahan matahari. Cantik kan, matahari terbit tu. Dah lama Ain nak merasa sendiri suasana ni. Tapi, tak pernah tercapai  sebab selalu keluar masuk hospital, dan doktor pula tak benarkan buat aktiviti yang lasak." matanya lurus ke hadapan. Genggaman tangan Aqil yang bertaut dengan tangannya sedikit sebanyak mengurangkan kedinginan di puncak gunung ini.

"Seindah-indah matahari tu, indah lagi Hurun Ain, sebab dialah matahari dalam hidup saya."Segaris senyuman terbias di bibir Aqil sebaik sahaja selesai bertutur.

Aqil menarik senyum. Geli hati dengan ayat yang diucapkan Aqil.

"Dah lama tak dengar orang buat pickup line macam tu. Ketinggalan zaman betul."

"Ketinggalan zaman pun Ain suka dengar kan. Mengaku je la,"usik Aqil.

Ain tertawa kecil. Dapat menghabiskan masa bersama seseorang yang bergelar suami dan insan itu adalah Aqil merupakan suatu anugerah terindah yang tak dapat dia lupakan. Dulu, dia hampir sahaja beada di ambang maut bila mana keadaannya menjadi teruk dengan mendadak.

Tapi, takdir dan perancangan Allah itu ternyata mengatasi segalanya. Di saat genting itu, pihak hospital berjaya mendapatkan seorang penderma hati untuk Ain. Dan setelah melakukan beberapa rawatan susulan, keadaan Ain bertambah pulih dan semakin sembuh.

"Apa yang buat awak nekad nak melamar saya dulu? Walaupun selepas awak dah tahu yang saya sakit?"persoalan itu sering berlegar di fikiran Ain.

"Sebab saya sentiasa berdoa, kalau awak lah insan yang terpilih untuk saya, saya minta supaya diberi kekuatan untuk halalkan hubungan kita waktu tu. Kita mula-mula berjumpa waktu masih muda, dan kita masih tak matang lagi nak teruskan. Sebab tu, walaupun kisah antara kita  terhenti sekejap, saya selalu berharap untuk sambung semula kisah itu."kata Aqil.

"Dan sekarang kisah ni dah ada penamatnya."Ain menyambung.

"Apa penamatnya?"

"Di syurga nanti, in sha Allah."

Bicara Ain membuahkan senyuman yang paling manis di wajah Aqil. Sambil mereka menikmati keindahan alam yang terbentang di hadapan mata, hati sentiasa berdoa dan meminta, agar kisah ini tidak terhenti setakat di dunia, namun sehingga ke syurga.


TAMAT.




p/s: Finally, after such a long journey to begin with this story, akhirnya dapat juga siapkan. Hanya sebuah kisah rekaan biasa-biasa, mungkin juga wujud di sekeliling kita tanpa kita sedar. Moga-moga dapat diambil walau secebis pengajaran dari kisah biasa-biasa ini. May Allah bless..



Comments

  1. Wah tahniah dah habis!.. Ada pengisian disamping penceritaan. Mantap ah amal,hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq2..orang tu pun tak kurang hebat jugak..saya ni biasa2 je..

      Delete
    2. Biasanya tuan tanah kena belanja org yg first comment. Biasanyalahh..haha

      Delete
  2. Amal,hahha its really happen 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry la doc to be..tak mahir sgt bab2 medic, nak hurai lebih pun tak pandai..huhu

      Delete
    2. Apa yg really happen syaf..cite ini kahh??

      Delete

Post a Comment