bismillahirrahmanirrahim~
cuti sem kali ni, memang niat asalnya nak cari kerja, nak kumpul duit belanja lebih, segan kadang kalau nak menyusahkan mak ayah.
dan kebetulan pula ada tempat kosong kat sebuah institut mengajar ni, pemilik tempat tu kawan mak.
Asalnya nak mula dari awal Ramadhan, tapi ditangguhkan sampai lah ke selepas raya baru masuk ke tempat tu.
Ingatkan kena ajar tahun 1, sekali bila diberitahu kena masuk mengajar tahun 6, memang terkejut. Hampir nak tolak juga lah kerja di situ. Memanglah subjek sekolah rendah tak susah mana, tapi dah lama kot tinggal sekolah rendah. Serius dah lupa macam mana belajar untuk PSRA time sekolah rendah dulu.
Setiap kali sebelum start kelas, aku akan buka dulu buku teks, buku nota, sebab nak ingatkan balik pembelajaran PSRA ni. Bila dah lama-lama tu, terasa bersyukur juga sebab aku sambung bahasa arab kat sekolah menengah dan masih lagi belajar walaupun dah habis sekolah.
Sebab budak-budak tu tanya soalan memang tak kira tempat atau waktu, kadang-kadang sampai buat aku rasa looser sangat sebab tak ingat benda yang simple,
Dan disebabkan diorang pun amik UPSR kat sekolah kebangsaan, memang ada waktunya tu tiba2 keluar soalan sains dan matematik kat aku. Memang terkedu bila aku dengar soalan tu, ye la, last rasanya pegang kalkulator dengan tengok nombor2 tu semua waktu SPM kot. Lepas habis SPM, semua ilmu biologi, add math, fizik dan lain2 tu memang hilang dihembus angin bayu. Kalau ada yang tertinggal pun, setakat saki baki je la.
Dan budak-budak ni, walaupun baru 12 tahun,terkadang tu aku rasa yang fikiran dan apa yang diorang lakukan lebih melangkaui mereka yang lebih berusia.
Untuk semua calon UPSR dan PSRA , semoga berjaya dalam menempuh peperiksaaan yang mendatang, minggu ini dan juga minggu seterusnya. Kejayaan yang hakiki bukanlah terletak pada ukuran kejayaan di dunia, namaun adakah kejayaan kita itu bernilai atau tidak di sisi Allah.
Bittaufiqwannajah.
May Allah bless.

Ewah mualimmah kite ni
ReplyDeleteahahaa..segan ah awak..
Delete