"Kau memang tak ada perasaan ke?"
Sebaris soalan yang dilontarkan itu terus menusuk jauh ke dalam hati. Hujung bibirnya menarik senyuman. Tapi jelas senyum yang cuba dilontarkan itu tawar, tanpa perisa.
"Kenapa tiba-tiba tanya macam tu? Selama ni kau fikir aku ni macam robot la, jenis takde perasaan, buat semua benda ikut kepala aku sendiri, langsung tak peduli tentang hal orang lain. Macam tu ke?" Mai membalas kembali soalan Haifa dengan soalan lain.
"Aku bukan apa, aku cuma cemburu dengan kau, tak perlu nak susahkan kepala fikir tentang hal orang lain, kalau ada apa-apa yang kau rasa tak puas hati, kau boleh terus suarakan perkara tu. Kalau ikutkan aku, memang sampai kiamat la aku takkan bersuara macam tu."luah Haifa.
Mai kembali merenung skrin laptop di hadapannya. Kerjanya yang ingin disiapkan sebentar tadi, terhenti seketika, disebabkan pertanyaan Haifa yang muncul secara tiba-tiba itu.
Fikirannya melayang jauh, mengenangkan waktu lampaunya, ketika masih di zaman sekolah, dan dia cuba membandingkan dengan dia yang di alam melepasi waktu sekolah. Mai yang dahulu lembut orangnya, terkenal dengan sifat penyabar di kalangan rakan-rakannya.
Tetapi, Mai yang sekarang, lebih terkenal dengan hati yang sekeras kerikil, tak mudah kalah dengan cabaran, dan tak mudah kalah bila bertarung dengan kata-kata.
Sambil tangan laju menaip baris ayat demi ayat, Mai menyambung bicara, untuk menjawab pertanyaan Haifa.
"Kau tahu Haifa, masa akan terus berlalu, tak akan menunggu kita, dan seiring dengan masa tu, banyak benda yang akan berubah, antaranya adalah manusia." Mai terhenti sebentar, sebelum menyambung kembali kata-katanya.
"Time change, and surely people too."
___________________________________________________
Walaupun dah kenal bertahun-tahun lamanya, tak semestinya kita boleh isytiharkan bahawa kita dah cukup kenal seseorang itu, perangai mereka secara keseluruhannya. Kerana hakikatnya, manusia itu masih punya sisi diri mereka yang sering tak terlihat dengan mata kasar manusia yang lain.
Jangan memandang seorang yang jahat itu akan kekal jahat selamanya,
dan jangan menyangka seorang yang baik itu akan kekal baik selamanya.
After all, Allah is the one that own our heart.
Dan DIA lah yang mampu membolak-balikkan hati manusia itu.
So, jangan rasa pelik bila tiba-tiba orang yang kau kenal selama ni jenis yang tak reti nak marah, asyik senyum je walau kena maki banyak mana, tetiba mampu meletuskan kemarahan yang sampai berminggu-minggu kau rasa takkan hilang kesannya.
Ataupun orang yang selama ni cakap tak reti nak bertapis, asyik keluar benda mencarut, tiba-tiba satu hari dia boleh senyum dan minta maaf bila terlanggar bahu dengan orang.
Time change, and surely people too. But then, changing for good or bad? After all, it's your life, and for sure, it's your own choice to decide.
NAA.
16 OCTOBER 2016.
Comments
Post a Comment