Dia mendongak ke atas, memandang langit yang mula berubah warna. Mendung. Mungkin hujan akan turun sebentar lagi, bila-bila masa, tanpa dapat dia menduga dengan tepat.
"Haikal.."suara yang memanggil namanya bersama sentuhan lembut di bahu membuat dia menoleh ke sisi.
"Dah lama sampai?"Amir, sahabat yang pernah rapat dengannya dahulu semasa mereka masih bersekolah rendah, menyapanya.
"Dah lama. Dari pagi tadi. Dah nak gerak balik ke rumah ni."jawab Haikal perlahan.
"Jom, singgah rumah aku, makan tengah hari, mak aku ada masak sikit untuk kau."ajak Amir.
"Tak apa. Aku pun sehari dua lagi ni, dah kena balik semula ke universiti. Dah banyak hari aku tinggal kelas ni. Terima kasih Amir, banyak tolong aku."
Selepas tamat sekolah menengah, masing-masing membawa haluan sendiri. Kadang-kadang saja mereka akan bertemu, itu pun bila Haikal pulang ke rumah ketika cuti semestar. Tetapi, pertolongan yang dihulurkan oleh Amir sekeluarga buatkan dia cukup terharu dengan budi baik mereka.
"Aku balik dulu, Mir. Jumpa lagi nanti."
"Okay, hati-hati Haikal. Kuatkan semangat kau, ingat, yang dah pergi tu pergi. Kita yang masih hidup lagi perlu teruskan kehidupan kita."
"In sha Allah, Mir."
Segaris senyuman diukir Haikal. Walaupun dia tahu senyuman itu tiada manisnya. Sekadar pahit yang mampu ditelan. Segalanya yang ada dalam hidupnya ditarik kembali, dalam sekelip mata. Tujuan asalnya ingin balik ke kampung untuk menghabiskan cuti bersama keluarga hanyalah mimpi semata-mata.
'Mereka terlibat dengan kemalangan'.
Sebaik sahaja sampai, berita itu yang pertama sekali didengar.
'Tiada siapa yang terselamat dalam kemalangan itu'.
Berita itu terus merenggut pergi kebahagiannya. Dia, seorang Haikal, sekarang, sudah menjadi sebatang kara di dunia ini. Dia tidak akan mendengar lagi bebelan ibunya setiap kali bilik dibiarkan tidak berkemas. Nasihat ayahnya yang tak pernah letih menyuruh dia belajar bersungguh-sungguh.
Suara adik-adiknya yang bingit setiap hari selepas pulang dari sekolah. Semua itu hanya akan menjadi satu kenangan yang tak mungkin dapat dia ulang kembali. Haikal memandang ke langit, gerimis mula menitis, membasahi bumi di tanah perkuburan itu. Sepertinya memahami kelukaan sekeping hati Haikal.

Comments
Post a Comment