Noktahnya di sini

bismillahirrahmanirrahim~


Dia menarik sehelai kertas kajang. Pen yang terletak di atas meja, dicapai, lalu dia mula mencoret baris demi baris, agar beban yang yang menekan di dada diluahkan, kerana dia ingin bebas dari belenggu perasaan ini.

Dia tidak mengharapkan agar seseorang itu mengetahui isi hatinya, kerana dia tahu, saat di mana apa yang selama ini cuba dipendam itu diketahui, dia tak akan sanggup untuk berdepan dengan insan itu.

Dan kerana itu, dia lebih rela untuk menyimpan, supaya memori yang ada akan kekal tinggal sebagai sebuah kenangan yang indah.

Dalam sebuah kurungan yang dia sendiri cipta, hingga akhirnya dia sendiri yang membuat keputusan, bahawa saat dan detik ini, kunci yang membelenggu kurungan itu dia akan lepaskan.

Dan kunci itu akan dicampak jauh, agar tak terjangkau pandangannya.

Lalu, di sebaik jendela yang terbuka, dia mendongak memandang langit yang menitiskan butir-butir hujan, membawa sebuah senyuman terlakar di wajahnya.

Wahai angin, pergilah membawa sekeping hati yang terluka ini, dan kembali semula dengan hati yang lebih kental dan lebih kuat. Kerana dia tahu, perjalanannya masih belum terhenti.

Comments