“Cuba tengok rama-rama ni. Cantik tak?” tapak tangannya
dibuka, lalu Hannan menggamit Farah memandang ke arah rama-rama tersebut.
“Cantik. Mana kau jumpa rama-rama ni?” Farah tersenyum. Riak
wajahnya begitu teruja melihat rama-rama secantik itu.
Tangan kanan Hannan naik, mengusap rama-rama tersebut.
Segaris senyuman terpahat di bibirnya.
“Waktu kita jalan kat taman tadi, bila aku Nampak, terus aku
tangkap. Sebab cantik sangat. Tapi, kau nak tahu sesuatu tak Farah?’
“Apa dia?”
“Rama-rama ni memang cantik, mesti kita rasa nak simpan
untuk diri sendiri, tapi, tempat asalnya bukan kat sini, terperangkap dalam
bekas, semata-mata sebab kita tamak, jadi kita pun kurung rama-rama ni.”
“Tapi, kau kan suka dengan rama-rama ni, lagipun, kau
sendiri yang tangkap, jadi kau berhak la untuk simpan.” Tingkah Farah.
Hannan menggelengkan kepala.
“Tak semua benda yang cantik tu terbaik untuk kita. Dan
walaupun benda tu terbaik untuk kita, kadang-kadang kita perlu lepaskan untuk
dapatkan sesuatu yang lebih baik lagi. Bukannya kita simpan untuk diri sendiri
hanya sebab kita sukakan benda tu.” Jelas Hannan.
Dahi Farah mula berkerut mendengar penjelasan Hannan.
Hannan tersengih melihat Farah yang masih cuba mencerna
tentang penjelasannya itu.
“Kesimpulannya, tak semua benda yang baik tu adalah terbaik
untuk kita. Dan mungkin kalau benda tu baik, bila kita lepaskan benda tu, aka
nada hikmah yang lebih baik lagi muncul selepas itu.”
Farah terdiam seketika. Beberapa ketika kemudian, dia
mengangkat kepala, memandang kea rah Hannan.
“Susah betul nak faham falsafah seorang Hannan ni la.” Farah
menggelengkan kepala.
Comments
Post a Comment