Sara memandang sekeliling. Tujuan asalnya keluar ke tasik pada petang ini untuk merehatkan minda seketika daripada esaimen yang bertimbun minta dihantar. Dan kerja2 lain yang masih lagi tertangguh.
Tetapi, melihatkan keadaan sekeliling pada saat ini, terasa harapannya lebur, musnah dihembus angin bayu, Bukan ketenangan yang dia jumpa, sebaliknya sakit hati yang membara. Melihat ramai remaja dan anak-anak muda yang tak segan silu duduk berdua bersama pasangan kekasih masing2. Dahlah duduk bersua saja, dekat2 pula tu, sampai bersentuhan sesama sendiri pun, massing2 hanyut dalam dunia mereka sendiri.
Sara merenung kembali ke belakang. Meniti setiap detik perjalanan hidup yang dia lalui. Sepanjang perjalanan itu, dah bermacam orang yang dia sudah jumpa, bermacam perangai yang dia sudah hadapi, ada yang telah pergi, dan ada juga yang masih di sisi.
Dia tak pernah merasai apa yang mungkin dirasai oleh pasangan2 yang ada di sekelilingnya ketika itu. Kerana dia tahu, masanya belum lagi tiba. Selagi mana akad itu belum dilafazkan, dia tidak punya hak untuk sesuka hati menabur kasih dan juga janji.
Sebab dia tahu, masa untuk dia pasti akan tiba. Cuma cepat ataupun lambat, dia tidak tahu, kerana perancangan Tuhan itu ternyata bukan di dalam kotak pengetahuannya. Cuma yang dia tahu, untuk dia melangkah ke fasa kehidupan yang seterusnya, separuh daripada dirinya masih lagi belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu.
Sara sering terfikir, kenapa perlu diungkap kata cinta kalau sekadar untuk sementara. Kenapa perlu nak dihabiskan masa dan waktu kalau akhirnya hanya untuk berpisah. Memang orang kata, kita hanya mampu merancang, Tuhan juga yang menetukan. Alangkan yang sudah berkahwin pun boleh berpisah, apa lagi mereka yang baru bercinta.
Cuma hati Sara terasa sedikit sedih, dan kasihan, Mereka memutuskan untuk jatuh cinta tanpa punya perancangan masa depan. Sekadar mahu mengisi masa lapang, ataupun kerana rasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
Seakan mereka memandang bahawa perancangan masa depan itu hanya la sesuatu yang bersandarkan kepada cinta semata-mata, sedangkan apa yang disandarkan kepada sebuah ikatan perkahwinan itu lebih menjurus kepada tanggungjawab dan membwa makna yang lebih besar lagi daripada itu.
Jam ditangan dipandang sekilas, dah hampir pukul 7, Sara bangkit, mengibas sedikit baju, dan terus beredar dari taman itu. Tugasnya masih belum selesai, dan dia perlukan keazaman dan semangat yang tinggi, sebab Sara tahu dan sedar, bahawa tugasnya takkan pernah selesai, selagi mana dia masih bernafas di bumi ini.

Comments
Post a Comment