Jam loceng dah berkali-kali berbunyi. Haikal membuka separuh mata, tangannya menggapai alarm yang berbunyi di telefon. Sekilas, waktu ditoleh. Dah pukul 8.20 pagi. Lepas dia mematikan alarm, selimut di badan kembali ditarik, dan Haikal kembali menyambung tidurnya.
************
Mata dibuka sekali, kemudian dipejam. Dan kembali dibuka, sambil dia merenung siling putih, melihat kipas yang berputar. Terasa masa semakin lama bergerak makin perlahan. Hampir sebulan kembali semula ke kuliah, terasa seperti mayat hidup yang bergerak. Kelas pun dah makin banyak yang dia ponteng. Assignment langsung tak disentuh. Makan pun boleh dikira berapa kali seminggu.
Sungguh, dia betul-betul terasa seperti tiada sebab lagi untuk dia teruskan hidup. Kalau dia belajar bersungguh-sungguh, dan lulus dengan segulung ijazah, tak bermakna bila tiada ibu bapa yang akan meraikan dia nanti. Tanpa ahli keluarga yang akan menyaksikan hari kegemilangan dia ketika graduasi nanti. Seorang Haikal sekarang, sudah tidak punya siapa-siapa lagi untuk dia bergantung harap di dunia ini. Dia sudah sebatang kara.
************
"Dia masih macam tu lagi ke?" sayup-sayup suara itu didengari.
"Hmm, macam tu la. Dah macam mayat hidup aku tengok. Bernafas, tapi tak ada jiwa. Kelas pun dah banyak sangat dia ponteng. Aku membebel tiap2 hari pun dia pekakkan telinga." ada satu suara lain pula yang menjawab.
"Solat dia macam mana? Okay ke tak?"
"Setakat yang aku nampak, okay je. Tak pernah la sampai tinggal solat lagi. Tapi, tu la, dia macam tak redha langsung dengan takdir hidup dia sekarang ni."
"Takpelah, nanti aku cuba cakap dengan dia elok2." sampai di situ sahaja perbualan mereka.
Dan Haikal tidak lagi mendengar suara lagi selepas itu. Selepas beberapa ketika menyepi, selimut yang menyelubungi tubuh hingga menutup muka dialihkan. Matanya meliar ke sekitar bilik sehingga terhenti ke arah pintu. Keluhannya terlepas melihat susuk tubuh yang tenang bersandar di muka pintu biliknya. Ilham.
"Sampai bila nak larikan diri dari aku? Hmm?" terus Ilham mengajukan soalan.
"Sampai bila-bila," Haikal menjawab malas. Sebelah tangan dah kembali mencapai selimut. Berkira-kira nak sambung tidur kembali. Dia taknak hadap wajah Ilham sekarang. Malas nak mendengar bicara yang akan keluar dari mulut Ilham nanti.
"Kau ingat, kalau mak ayah kau hidup lagi, diorang suka ke tengok perangai kau sekarang ni?" sedas peluru Ilham lancarkan, membuat Haikal sedikit tegang.
Terus selimut di tangan ditolak ke tepi. Matanya tajam menikam wajah Ilham.
"Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau tak ada hak nak cakap macam tu." Dingin. Beku. Suara dan riak wajah Haikal.
"Kalau macam tu, kau nak habiskan sepanjang hidup kau macam ni?" balas Ilham.
"Hidup aku, pilihan aku. Kau tak ada kaitan. Tak perlu nak serabutkan kepala nak fikir tentang aku."
"Bukan kau sorang je yang Allah uji, Kal. Ramai lagi orang kat luar sana yang diduga macam kau, dan mungkin lagi teruk berbanding apa yang kau lalui sekarang." nada Ilham sudah bertukar. Tak lagi tegang seperti tadi.
Dia maju ke hadapan, duduk berhadapan dengan Haikal. Dalam-dalam mata sahabatnya itu dipandang. Cuba untuk mencari sedikit sinar dari mata Haikal.
"Kau nak tahu tak, yang kau antara manusia yang sangat beruntung sekarang ni?"
Haikal tersenyum sinis.
"Untung apanya kalau apa yang aku sayang, semua dah pergi tinggalkan aku."
"Sebab tu aku kata kau untung, ingat tak macam mana dulu kau sungguh2 nak berubah. Kau nak tinggalkan semua perangai tak elok dulu. Bila Allah dah buka pintu hati kau nak berubah, dia tarik pulak semua ahli keluarga kau." Ilham menarik nafas seketika.
"Macam apa yang Nabi Ayyub dulu pernah lalui, dan lagi teruk dari apa yang kau rasa sekarang, tu semua tanda yang Allah sayangkan kau."
Haikal hanya diam. Mendengar bicara Ilham, yang sekarang sedang cuba mengetuk pintu hatinya, teringat ketika dia mula2 tekad untuk berubah. Ilham juga yang sentiasa di sisinya, tak henti memberikan kata2 semangat, menyokongnya dari belakang, supaya dia tak kembali rebah, tersungkur kembali ke arah jalan yang salah.
Tanpa Haikal sedar, matanya terasa hangat. Kenapa susah sangat hatinya nak terima kebenaran yang Ilham cakap?
"Pergilah balik, Am. Tinggalkan aku sorang2."
Ilham segera bangun, dalam hati tak henti2 berharap Haikal tak akan tersilap langkah lagi.

Comments
Post a Comment